“Dia Kata, Dia Tulis Lirik Pasrah Dan Membayangkan Diri Kisah Hidup Saya,” – Erra Fazira Ucap Takziah, Kenang Pemergian Yusof Kelana & Abu Bakar Juah Ke Rahmatullah

Share

Primadona, Erra Fazira ada menitipkan dedikasi terhadap dua butir permata seni yang telah pun pergi buat selama-lamanya, Sabtu lalu.

Jelas pelakon Wangi ini, dia pernah bekerjasama dengan Allahyarham Yusof Kelana dan Abu Bakar Juah sepanjang penglibatannya dalam seni.

Perkara tersebut dikongsikan Erra menerusi satu status terkininya di Instagram.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya pernah bkerjasama dgn kedua arwah .. Abg Yusof Kelana merupakan penulis liriki lagu PASRAH .. Dia kata dia tulis lirik PASRAH dan membayangkan diri dan kisah hidup saya. “Abg tulis lirik ni KHAS buat kau. Ini hadiah abg buat kau.”

“Saya ingat sampai bila2 abg. Kaya dengan pengalaman, tak lokek berkongsi olmu dan sentiasa mahukan yg terbaik dan induatri seni tanahair ini dihormati.

“Banyak jasa dan karya mereka yg menjadi inspirasi kpd penonton dan generasi selepas mereka,” tulisnya.

Sambil menzahirkan ucapan takziah, Erra turut mendoakan agar roh mereka di tempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman.

“Moga damailah dsana, moga arwah ditempatkan dlm golongan hamba Allah yg beriman Ampunkan segala dosa mereka dan angkatlah darjat mereka dsana Ya Allah.

“Salam takziah buat seisi keluarga. Al-Fatiohah buat abg Yusof Kelana dan abg Abu Bakar Juah,” titip Erra.

Sekadar imbasan, pengarah dan penerbit filem veteran, Yusof Kelana dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 66 tahun di kediamannya yang terletak di Taman Melawati, Hulu Klang sekitar jam 9.30 pagi Sabtu.

Sementara pemergian pelakon veteran, Abu Bakar Juah kira-kira jam 6.35 petang sama turut mengundang rasa sedih di kalangan peminat seni.

Allahyarham,72, meninggal dunia di sisi isteri, Rusidah Mohd Yassin dan empat anaknya di kediaman mereka di Alam Damai, Cheras.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan tenat selepas dibenar keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak lebih dua minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon filem Matinya Seorang Patriot dan Dukun itu disahkan menghidap kanser usus pada 2016.

Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada kanser.

Selepas disahkan bebas kanser, bapa kepada empat cahaya mata itu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan berkhasiat dan bersenam.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit kanser kembali menyerang, malah lebih agresif hingga merebak ke hati.

IKLAN