Penyampai radio, Sharifah Shahirah tumpang gembira melihat kebahagiaan adiknya, Sharifah Sakinah yang kini terbuka berkongsi status dirinya yang kembali mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang dikenali sebagai Cyril Kongo.
Menurut Shahirah, sebagai kakak, dia menyambut baik kehadiran ahli keluarga baharu dan menyifatkan perkahwinan adiknya sebagai satu perkara yang harus diraikan dengan rasa syukur.
“Alhamdulillah, keluarga kami sudah makin bertambah. Dia kacukan Vietnam dan Perancis.
“Bagi saya dia seorang yang baik dan kami menerima seadanya. Begitu juga dengan dia. Bagi saya itu yang paling diperlukan,” katanya.
Shahirah atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Rara berkata demikian ketika ditemui sejurus Sidang Media The Chosen One x Jutawan Ekspres di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Tak Ambil Hati Dengan Penilaian Netizen
Dalam pada itu, Shahirah menyedari apa sahaja yang dikongsi di media sosial pasti akan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Bagaimanapun, dia tidak mengambil hati dengan penilaian negatif yang mungkin timbul kerana baginya, itu sudah menjadi asam garam dunia hiburan.
Ads
“Biarlah mereka kecapi bahagia dan kalaulah ada yang masih mahu menghakimi itu perkara biasa.
“Sebab kadang-kadang, bila kita kongsikan sesuatu di media sosial, walau hanya seminit orang sudah nilai macam-macam.
“Tapi mereka tidak tahu cerita secara keseluruhan. Tidak mengapalah… sudah jadi lumrah dunia,” katanya lagi.
Berkongsi tentang hubungan keluarganya dengan Cyril, Shahirah menjelaskan mereka sebenarnya sudah kerap bertemu, cuma ia tidak dipamerkan kepada umum.
Ads
“Saya sudah selalu jumpa mereka, nak kongsi atau tidak saja di media sosial. Alhamdulillah, dia pun selalu bertemu dan beri penghormatan dengan mak untuk dapatkan restu.
“Malah Sakinah pun sudah bertemu dengan orang (keluarga) belah sana. Adik ipar pun mempunyai anak hasil perkahwinan yang terdahulu, kalau tidak silap saya sembilan orang.
“Sakinah pun cuba untuk menjadi ibu tiri yang baik, Insya-Allah. Macam saya sendiri pun ada anak tiri (perkahwinan sebelum ini).
“Jadi kita hanya jadi insan yang terbaik, tak perlu nak berebut apa-apa,” katanya.
Ads
Doa & Nasihat Sebagai Kakak
Dia turut turut menasihati pasangan yang baharu berkahwin khususnya agar sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.
“Bagi saya suami isteri kenalah main peranan untuk bawa perkahwinan agar terus harmoni.
“Apa pun, kita tidak boleh juga nak cakap lebih-lebih. Setakat ini alhamdulillah. Apa-apa kenikmatan yang kita kecapi, Allah SWT boleh tarik bila-bila masa.
“Sementara diberikan peluang, kita nikmatilah dengan baik sebab kita tak boleh nak jangka bahagia sehingga akhir hayat atau sebaliknya.
“Macam saya sendiri pun, lebih 22 tahun berkahwin tapi kita tidak tahu akan bahagia selamanya atau tidak. Dia kalau nak ambil, sekejap sahaja.
“Selagi kita boleh bersyukur, itu sudah memadai. Saya rasa Sakinah sekarang okay, alhamdulillah. Suaminya pun ada mintanya untuk uruskan beberapa projek di luar negara,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida turut meluahkan rasa dukacita terhadap insiden tragis yang meragut nyawa enam sekeluarga termasuk seorang bayi di Sungai Korok, Kedah pada Ahad lalu.
Sama-sama berkongsi rasa simpati, Vida menzahirkan penghormatan terakhir dengan membaca dan sedekahkan bacaan al-Fatihah buat semua mangsa terlibat.
“Innalillahi wainnailaihi raji’un. Satu tragedi yang meruntun jiwa kehilangan serentak dalam satu keluarga bukan mudah untuk diterima.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan memberi kekuatan kepada ahli keluarga yang tinggal. Al-Fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Perkongsian tersebut disambut dengan emosi serupa daripada warganet yang rata-ratanya turut berkongsi kesedihan, mendoakan kesejahteraan selain menitipkan ucapan takziah buat keluarga mangsa terlibat.
Terdahulu, polis percaya kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki enam sekeluarga terbabas ke dalam Sungai Korok, Jitra.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim memetik laporan media memaklumkan, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kenderaan terbabas sebelum ia terus tenggelam ke dasar sungai.
Difahamkan, pada Sabtu sebelum kejadian, polis menerima laporan orang hilang daripada seorang pengadu yang gagal menghubungi abangnya.
Kemudian pada pagi Ahad, pihak polis menerima panggilan awam memaklumkan penemuan sebuah kereta yang tenggelam di sungai berkenaan.
“Kereta itu berjaya dinaikkan ke tebing dan semua enam mayat berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba.
“Jasad semua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB (Hospital Sultanah Bahiyah) untuk bedah siasat,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
“Saya tak suka melewatkan solat lima waktu atau sembahyang dalam keadaan terburu-buru.
“Saya suka solat di situasi yang selesa, wangi dan bersih,” katanya menerusi program audio siar bersama Daniel Mananta di YouTube.
Malah, Ivan turut merancang awal sekiranya perlu menghadiri sebarang acara, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
“Jika nak beribadah, saya sentiasa akan merancang dahulu tempatnya.
“Jika ada apa-apa acara lebih-lebih lagi pada waktu malam, saya akan fikirkan bagaimana solatnya nanti,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ivan turut berkongsi rutin solatnya, mencerminkan rasa hormat pada Yang Maha Esa.
“Malah, rutin sebelum solat saya juga agak cerewet. Saya akan sembur minyak wangi di sejadah, mandi, tukar kain sarung, wangikan diri dan terlihat rapi.
“Hidup kita ini hari-hari dipenuhi glamor. Takkan nak jumpa Allah kita tidak kelihatan bagus?,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut nyata memberi impak kepada ramai apabila warganet yang memenuhi ruangan komen dengan pujian dan rasa kagum terhadap pendekatan Ivan yang penuh adab.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk;
“MasyaAllah, kisah ini banyak menginspirasikan banyak orang. Semoga apa yang disampaikan menjadi ladang pahala.”
“Kita berikan yang terbaik untuk Allah sebagai bukti cinta kita kepada-Nya.”
“Kerana inilah Allah memewahkan hidupnya.
“Seronok tengok Ivan yang sekarang. Sangat menenangkan.”
Terdahulu, kisah rohani Ivan menjadi lebih menyentuh hati selepas kepulangannya daripada menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ivan Gunawan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak berkongsi detik penuh emosi apabila terpaksa menjual kereta miliknya demi menampung apa yang patut.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, meluahkan rasa sedih apabila kereta yang banyak berjasa dalam kehidupan serta perjalanan perniagaannya terpaksa dilepaskan.
“Bayaran dari stesen televisyen tu belum dapat. Hari ini saya jual kereta untuk cover apa yang patut. Sedih itu memang ada, sebab walaupun sekejap bersama, banyak kenangan dan berjasa kepada saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Amir, kereta jenis Proton Juara itu bukan sekadar kenderaan, malah menjadi ‘rakan seperjuangan’ dalam pelbagai aktiviti perniagaannya sebelum ini.
“Kereta ini ikut saya berniaga ke merata tempat, ke Johor, ke Perak, dan berniaga air tepi jalan . Pernah rancang nak cantikkan kereta ni untuk dijadikan kenderaan camping, tapi tak kesampaian,” katanya.
Tambah Amir, keputusan menjual kenderaan tersebut adalah untuk mendahulukan perkara yang lebih penting perlu dibuat dalam hidupnya.
“Ada benda yang lebih mustahak untuk saya buat dan terpaksa cairkan satu aset ini… Alhamdulillah,” ujarnya lagi dalam nada penuh syukur.
Sebelum ini dalam satu hantaran lain, anak jati Kelantan berusia 35 tahun ini berkongsi bahawa sebuah stesen televisyen popular tempatan masih berhutang sebanyak RM18’000 kepadanya.
Tunggakan pembayaran tersebut telah berlaku selama tiga tahun dan hanya RM5’000 sahaja baru diterima daripada jumlah keseluruhan bernilai RM23’000.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.