Neelofa Puji Sikap Ameera, Si Adik Yang Senang ‘Makan’ Nasihat; “Dia Jenis Tak Melawan.”

Share

Usahawan dan pengacara Neelofa mengakui banyak memberi nasihat buat adiknya, Ameera Khan atau lebih dikenali Little Miss Khan (LMK).

Neelofa ketika ditemui di Petaling Jaya bersempena Majlis Iftar Neelofa x Chatime Bersama Anak-Anak Yatim berkata, dia mahu melihat Ameera menjalani kehidupan sebagai remaja normal.

“Saya bagi dia (Ameera) lalui semua perkara, go through the process tapi jangan sampi keterlaluan.

“Saya juga ada bagi nasihat tapi saya akan biarkan dia memilih jalan untuk dia lalui proses semuanya,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, sebagai kakak, Neelofa juga sentiasa mahu melindungi adiknya.

“Saya akan pantau dia dalam segala apa yang dia buat tapi dalam masa sama, saya nasihat dia,” jelas bekas pengacara MeleTOP itu.

Tambah Neelofa, dia memuji sifat adiknya yang senang untuk menerima nasihat.

“Tapi satu yang best pasal Amira ialah sebab dia jenis yang dengar cakap. Dia jenis yang tak melawan dan akan ikut nasihat saya. Jadi, senanglah untuk kami berurusan,” ulasnya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa kini menjalin kerjasama dengan Chatime Malaysia Sdn.Bhd (Chatime) untuk membuka 

cawangan Chatime Signature yang pertama di negara ini.

Malah, pembukaan cawangan tersebut berkonsepkan kafe dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Selain itu, kerjasama tersebut turut menyaksikan pelebaran sayap perniagaan Chatime ke Singapura dan Arab Saudi.

IKLAN