“Dia Buat Lagi,” – Aaron Aziz Terkejut, Tapi Kagum Tengok Efek ‘Kecederaan’ Anak

Share

Berkongsi sekeping foto yang merakamkan wajah anaknya yang mengalami kecederaan, Aaron Aziz menyatakan rasa kagum dengan bakat seni yang dimiliki Dahlia Arissa.

Jelasnya, walaupun lemah semangat melihat hasil akhir, namun dia akur dengan kreativiti lukisan efek dari anaknya itu.

“Dia buat lagi lah budak ni haih…but saya suka la tengok dia so talented. Well done Adik,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, pelakon Ombak Rindu ini pernah berkongsi hasil kerja tangan Dahlia membuat efek kecederaan di bahagian tangan.

“Dia buat tangan kurap lah pulak…. Adoi ni budak @dahliaarissaaaron kasi wa terkejut tak Habis Habis la… #anjatboboi,” ulasnya.

Nyata bakat terpendam kanak-kanak berusia 9 tahun ini turut mendapat reaksi 

netizen yang rata-ratanya kagum dengan hasil akhirnya.

Foto : Instagram Aaron Aziz

IKLAN