“Ketikaitu,dia bukasesi duet bersamapeminat di IG. Mana-mana yang dia suka, diaakanmuat naik semula dan sayaantara yang terpilih.
“Kedua,menerusilaguBukanRayuanGombal. Diapilih mana-mana lagu yang dimuat naik menerusi#JudikaVocalTips.
“Jadi, diamemilih video nyanyiansaya dan memberi tips dan komen yang dibuatsecarasesi virtual.
Ads
“Pada sesiitu, diamemberikankomendenganmengatakan suarasayabagus, adawarnadan kawalanmantap. Malah, dia cakaprugikalau label takambilsayamenjadipenyanyi. Rasa teruja juga apabiladia ‘follow’ saya di IG.
“Diakuidiamemang idola saya dan sayamemasangimpian untukberduetdengannyasuatuharinanti. Kalautakdapat berduetlagusendiri, menyanyisepentas pun okay,” katanya.
Terlebihdahulu,Fanzi juga bertuahapabilabakatnyadisedari pihaksyarikatrakaman Nova Music yangmelamar dan menyuntingdirinyamenjadipenyanyisyarikatrakamanitu.
Fanzi yang jugamerupakan guru Bahasa Inggerisdi Sekolah Menengah Agama Tun Datuk Mustapha, Kota Kinabalu berkata,tawaranditerimadaripadapihak Nova Music sewaktu PKP lalu.
“Tawarandatangselepasmerekamelihat video nyanyian cover version saya di YouTube. Dalam masa sama, saya juga adamelancarkanlagusendiriiaituHati Nan Rapuhtermasuk di semua platform muzik digital.
Ads
“Dari situ,pihak Nova Music menghubungisaya. Tapi, saya ambil masa duaminggusebelummembuatkeputusan. Saya anggapinirezeki dan peluang yang takbolehdilepaskan,” katanya lagi.
Berkongsilanjut, laguHati Nan Rapuh adalahhasilciptaan Fanzisendiri sementara lirik oleh Ed Widad dan Cik BJ.
“Laguinihasilciptaansayasendiri dan lirik oleh duarakanyang juga orang Sabah. Difahamkanlirikinibercerita mengenaiseorangibu yang rindukananaksebabberpisahjauhakibatperceraian.
“Kiranya, liriklaguiniadalahilhamdarikisahbenarsi penulislirik. Dari situ,lirikdihasilkanbagimenggambarkan ekspresi rasa rindu pada anak. Pendek kata, laguinisebagai luahanhati.
“Laguinidirakamkansepenuhnya di Kota Kinabalu tahun lalu. Kalauikutkanversiasallebihempatminit. Tapiuntuk Nova Music laguinidigubahsemula dan dipendekkan menjaditigaminitlebih,” katanya.
MenurutFanzi, ituadalahlagupertamaciptaannya yang diketengahkankepasarankomersialselepasaktifmenyanyi sejak 2009.
Ads
“Sebelumini,sayamemangsudahaktifmenyanyisecarasambilan di Kota Kinabalu sejak 2009lagi. Jadi, inibukan lagupertama yang diciptasendiri. Saya mempunyai15 lagu termasukdalambahasa Dusun.
“Kesemualaguitusayarakam dan terbitkanmenggunakan duitsendiri. Alhamdulillah, laguHati Nan Rapuhinimendapatperhatian orang luar dan bawaiakeperingkatlebihjauh,” katanya.
Mengenaikerjayasebagai guru, Fanziberkatadiamasihboleh membahagikan masa denganbaik.
“Menyanyiadalahminatsayasejakdululagi. Sebabitu, saya kerapmenyertaipertandingannyanyian di sekitar Kota Kinabalu. Kalauwaktukerja, sayafokus pada kerja. Apabila sekolahbarulahsayaberitumpuan pada nyanyian.
“Selalunyasayabuat video nyanyiansemula di YouTube atau membuatpersembahan di mana-mana. Anak murid puntahu sayapenyanyisebabmerekabukaYouTube.
“InSya Allah, setakatinisayaakanberulang-alikke Kuala LumpuruntuktujuanpromosilaguHati Nan Rapuh.
“Macam beberapaharilepas, sayaberada di Kuala Lumpur untuk menjalanipenggambaranmuzik video,” katanya yang meminati genre pop dan R&B.
Single tersebutterbitan Nova Music (M) SdnBhdkini bolehdistrim di semuapelantarmuzik digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya bertuah kerana tunang banyak membantu uruskan soal persiapan kahwin. Itu kata pelakon dan model, Ikmal Amry mengenai perkembangan dalam menjelang hari bahagianya tidak lama lagi.
Mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan, Najla Shamsul pada Hari Raya Ketiga lalu, finalis Hero Remaja sezaman Alif Muhaimin itu turut berkongsi tarikh mereka akan diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
“InsyaAllah kalau diizinkan, kami rancang untuk kahwin pada 19 Disember ini di kediaman pihak perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
“Sementara majlis belah saya akan dilangsungkan pada 27 Disember di Subang, Selangor.
“Kami hanya anjurkan dua majlis bersempena dengan hari bahagia kami, moga dipermudahkan,” jelasnya kepada MH.
Mengakui buat persiapan pada diri sendiri sebagai persediaan menjadi suami yang baik, bintang Puteri Yang Ditukar itu bertanya mengenai perkara tersebut kepada rakan yang sudah beristeri.
“Kalau nak dikongsikan mengenai persiapan saya untuk bergelar suami, ia banyak tertumpu daripada segi rohani.
“Misalnya, mulai ‘rajin’ sembahyang dan ingati kembali apa yang pernah dipelajari sebelum ini ketika mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz, bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan sebagainya.
“Soal kewangan kami bila berkahwin nanti, saya tidak terlalu risau kerana saya percaya, Dia akan tolong umatNya yang mahu melakukan kebaikan.
“Cuma saya lebih ‘risaukan’ soal diri saya. Bukan senang untuk ambil amanah menjaga anak orang.
“Pada masa sama, saya juga ada bertanya dengan rakan-rakan yang sudah pun berumah tangga.
“Minta pandangan mereka bagaimana cara hidup selepas kahwin, persiapan, cabaran dan macam-macam lagi.
“Ada yang memberikan nasihat untuk terokai juga dunia lain selain hanya berlakon semata-mata,” katanya.
Sementara itu, Najla yang juga bintang media sosial menyifatkan Ikmal sebagai lelaki yang serasi dengan kedua ibu bapanya.
“Ikmal Amry seorang lelaki yang baik, suka tolong orang dan senang bergaul dengan ibu bapa saya. Mereka rapat dan itu membuatkan saya tertarik dengannya,” akuinya.
Ditanya mengenai kerisauannya terhadap persepsi populariti mulai menurun selepas bergelar suami orang, bintang berusia 26 tahun ini mempunyai pandangannya sendiri.
“Jujurnya saya merasakan diri saya kian dikenali sejak mula timbul kisah saya yang mahu berkahwin.
“Banyak tawaran lakonan yang datang, termasuk dua filem yang akan mulakan penggambaran Oktober depan.
“Rezeki itu datang daripada Allah SWT. Jadi saya tidak perlu risau soal saham akan jatuh bila sudah berkahwin.
“Bahkan kalau kita lihat, pelakon yang meningkat naik namanya pun kebanyakannya di kalangan mereka yang sudah berumah tangga.
“Saya rasalah, lagi keinginan saya untuk berkahwin, makin banyak rezeki yang Allah curahkan.
“Memang kita tidak tahu apa yang akan beraku bila kami sudah berkahwin dan sebagainya. Apa pun, saya percaya kepada rezeki,” akhirinya.
Terdahulu, Ikmal ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Uyaina Arshad ada berkongsi pendapatnya perihal si kaki kikis.
Jelasnya, perumpamaan seperti materialistik atau piaau cukur sering dikaitkan terhadap golongan wanita.
Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak mengenal jantina dan bagi Uyaina, apa yang dilakukan di dalam menjalani kehidupan adalah suatu pilihan.
“Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina.
“Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi.
“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya,” tulisnya.
Menerusi kapsyen sama satu hantaran di Instagram, pengacara program Ratu Hijabista ini juga turut mendoakan yang terbaik buat semua wanita di luar sana.
“Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?
“Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.
“Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan?
“Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Fasha dan suaminya, pelakon Aidil Aziz itu sebelum ini pernah mendedahkan mereka bakal dikurniakan cahaya mata perempuan.
Sebagai rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Semoga urusan bersalin anak ketiga Fasha dipermudahkan.
Foto: Instagram Rita Sosilawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...