“Dia Berangkat Ke Set Dari Hotel 5 Minit Awal,” – Tiada Satu Pun Luka, Erma Fatima Kongsi Detik Kemalangan Libatkan Anak Eizlan Yusof

Share

Pelakon dan pengarah Erma Fatima meluahkan rasa syukur apabila anak kepada Datuk Eizlan Yusof, Zareef Yusof yang terselamat dalam tragedi kemalangan kru Mak Cun, Khamis lalu.

Perkara itu dikongsikan Erma dengan memuat naik video bersama kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

“DIA sangat istimewa dihati aku..

Seorang anak yg dibesarkan dgn kehidupan yg sgt selesa TETAPI penuh dgn peradaban.

“Mulutnya tk lepas dari kata maaf..dia tk sombong dgn kesenangannya..pandai beli jiwa semua orang..such a sweetheart..

“Beberapa hari sebelum kemalangan dia

tidur dgn aku..kdg2 pegi set satu kereta dgn aku..mkn sama2..balik sama2.. pagi tu dia berangkat ke set dari hotel 5 minit awal dari aku..

“Bayangkn ketika aku melewati tempat kemalangan..aku nampak kereta dia dah terbalik. Aku berlari turun kereta dlm tangisan cari dia.

“Aku nampak dia duduk tepi jalan dlm keadaan terkejut.

“Alhamdulillah..malaikat jaga kau sayang..sedikit luka pun tkde.

“Aku tetap bawak dia ke hospital untuk check. Dan kau anak yg sgt kuat sayang..kau tetap nak teruskan shooting.. Terima Kasih Allah kerana kau selamatkan dia dr segalanya saat kau menghantar dugaan itu.

“Anak ku…kau berbakat seperti ayah kau..darah yg mengalir dlm tubuh kau ada darah seni.

“Tapi ini bukan tempat kau sayang..ini hanya tempat utk kau bermain…kau ada tugas yg lbh besar yg kau harus selesaikan iaitu persekolahan mu. Apa pun..kau selalu dan akn sentiasa berada di dalam hatiku.. #mysweetheart,” tulis Erma penuh emosi.

Berlatarbelakangkan alunan salawat Nabi, video itu sudah mencexah ribuan tontonan meski dimuat naik Erma beberapa minit lalu.

Terdahulu, Erma berkongsi gambar yang melihatkan pertembungan antara dua kereta sehingga terbalik yang membabitkan kru drama Mak Cun.

Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat dari malapetaka tersebut.

Foto: IG Erma Fatima

IKLAN