Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, walaupun sering dilanda pelbagai masalah dalam rumah tangga, dari mengetahui suaminya telah bernikah bersama pelakon Izreen Azminda sehinggalah pemohonan cerai difailkan, nampaknya rezeki Intan semakin bertambah.
Melalui Sinar Harian Online, MH difahamkann Intan banyak mendapat tawaran daripada banyak pihak dan perkara ini telah didedahkan sendiri oleh penyanyi Ani Mayuni yang memang rapat dengan ibu kepada dua orang anak itu.
Menurut Ani, dia sering menasihati Intan untuk terus bersabar dan kuat untuk hadapi semua ini kerana percaya pasti akan ada hikmah disebaliknya.
“Di sebalik kesulitan yang dilaluinya, saya difahamkan banyak pihak yang tampil untuk membantu meringankan beban Intan dengan memberikan tawaran sebagai duta produk mahupun peluang membuat IG Review.
“Saya sering menasihatinya agar sentiasa bersabar dan kuat menghadapi dugaan yang datang kepadanya kerana pasti ada hikmah atas semua yang berlaku ini.
“Apa pun yang berlaku, saya harap dia dapat meneruskan kehidupan seperti biasa demi anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian.
Walaubagaimanapun, Ani enggan masuk campur hal rumah tangga di antara Intan dan Ude sebaliknya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Sumber : Sinar Harian Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI