“Di Saat Aku Memerlukan, Ko Pergi Tinggalkan Aku…,” – Luahan Sajat Ada Hubung Kait Dengan Kes Mahkamah Dan Isu Nama Sebenar?

Share

Selepas kecoh mengenai Sajat yang hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 semalam, usahawan sensasi itu ada memuat naik beberapa luahan sedih terhadap apa yang berlaku.

Bagainamanapun, tidak dapat dipastikan sama ada, ia ada hubung kait dengan apa yang berlaku terhadapnya berkaitan isu semalam.

Keluhan atau luahan rasa tersebut telah ditinggalkan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu menerusi Insta Stories.

“Di saat aku memerlukan, ko pergi tinggalkan aku. Adat dunia, walaupun…,” antara yang dikongsinya.

Selain telah membayar denda terhadap dakwaan yang dikenakan, netizen pada masa sama juga turut kecoh mengenai nama sebenar ahli perniagaan berkenaan.

Foto: Instagram Sajat

 

IKLAN