Pelakon dan penyanyi Dafi Ismail mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Menurut Dafi, dia bukan individu yang layak untuk berbicara tentang perkara tersebut kerana ia berkaitan urusan kerja bapanya.
“Kenapa saya harus terkesan pula? Pada saya, hal ini melibatkan urusan kerja bapa saya. Sebagai anak, sudah tentu saya tahu apa yang berlaku namun, bukan tempat saya untuk bercakap hal tersebut.
“Biarlah ayah saya yang jawab sendiri. Di rumah, kami tidak banyak bercakap soal kerja. Saya pun tak nak campur urusan kerja ayah saya.
“Apapun, sebagai anak, saya akan terus menyokong ayah saya. Itu adalah peranan saya,” katanya.
Penyanyi Bila Terasa Rindu ini turut menjelaskan, tiada sebarang larangan daripada bapanya untuk mengulas isu berkenaan jika disoal oleh pihak media.
Ads
“Ayah tidak pernah menghalang. Namun, bagaimana saya membawa diri atau cara berkomunikasi di khalayak, itu semua adalah hasil didikan yang telah diberikan oleh ayah saya selama ini.
“Untuk berhadapan dengan situasi seperti ini, segalanya berlaku secara automatik,” jelasnya lagi.
18 Tahun Dalam Industri, Dafi ‘Kalis Kecaman’
Walaupun namanya turut terpalit secara tidak langsung, Dafi tenang menghadapinya dan menganggap ini bukanlah perkara baharu selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.
Ads
“Saya masuk ke dalam industri ini bermula pada zaman realiti TV. Sejak awal lagi sudah biasa dikecam. Ayat poyonya saya kalis kutuk. Saya sudah terbiasa.
“Jadi, saya tiada masalah untuk membaca komen-komen negatif ini. Pendekatan saya adalah untuk jadikan komen negatif itu kepada positif.
“Kalau memang komen negatif sepenuhnya, saya boleh abaikan sahaja. Apa yang saya kata kepada diri sendiri lebih teruk berbanding mulut orang,” katanya lagi.
Dafi pada masa sama turut menyatakan harapannya agar isu melibatkan bapanya itu dapat diselesaikan dengan baik.
Ads
“Saya harap segalanya dapat diselesaikan secara baik dan tenang. Semoga keadaan kembali menjadi normal tidak lama lagi.
“Saya bukan nak bercakap besar namun, sejujurnya hal ini tidak memberikan kesan kepada saya.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada orang-orang di luar sana kerana masih ada rasa hormat dan faham. Ayah dengan kerja dia. Saya dengan kerja saya,” katanya.
Siasatan SPRM Terhadap Bekas PM
Terdahulu pada Mac lalu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Rampasan itu dilakukan susulan siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pemeriksaan dibuat di sebuah kediaman serta tiga pejabat yang dipercayai dijadikan sebagai ‘safehouse’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikritik hebat netizen kerana enggan menunjukkan solodariti buat mangsa perang di Palestin secara terbuka di media sosial, pempengaruh, Syamimia akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Pada masa sama, permohonan maaf tersebut juga dibuat selepas Syamimia mengakui kesilapannya kerana menyimpan patung David sebagai perhiasan rumahnya.
Menurut Syamimia, isu ini telah telah mematangkan dan mengajarnya untuk menjadi lebih peka terhadap isu yang berlaku di sekelilingnya.
“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.
“Isu Palestine dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada
isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.
“Saya bersama Palestine dan patung tersebut telah dilupuskan,” tulisnya.
Permohonan maaf tersebut dibuat menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, isu ini juga secara tidak langsung telah membuka ruang buat dirinya untuk belajar daripada kesilapan.
“Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.
“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.
“Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Syamimia yang merendah diri dan mengakui kesilapannya.
“Semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.
“Minta maaf juga bagi pihak netizen yang suka mencemuh. Sesungguhnya kita juga tak sempurna.
“Mengakui kesilapan dan memohon maaf adalah satu perbuatan yang mulia. Tahniah adik. Yang mengata dan mencaci tu, dah minta maaf ke?
“Allah sayang, Allah uji. Untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan taat kepadanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, selepas dikecam hebat netizen, Syamimia dikatakan telah kehilangan hampir 500,000 pengikutnya di aplikasi Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamimia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Lesti Kejora, telah dilaporkan ke Polis Daerah Metro Jaya atas dakwaan melanggar hak cipta apabila menyanyikan semula beberapa buah lagu tanpa kebenaran pemilik asal.
Laporan tersebut dibuat oleh seorang individu dikenali sebagai IS pada Ahad lalu dan disahkan oleh pihak polis dalam satu kenyataan kepada media tempatan Indonesia.
Ketua Bahagian Humas Polda Metro Jaya, Komisioner Besar Ade Ary Syam Indradi, memaklumkan bahawa laporan berkenaan melibatkan karya ciptaan komposer terkenal, Yoni Dores.
Komposer tersebut mendakwa lagu-lagunya telah dinyanyikan semula oleh Lesti tanpa sebarang kebenaran rasmi sejak tahun 2018.
“Pelapor adalah saudara IS manakala mangsa merupakan YM atau YD, iaitu pencipta lagu yang juga pemilik hak cipta berdasarkan dokumen pernyataan penerbit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bernama PT ASKM.
“Individu yang dilaporkan adalah saudari LK atau Lesti Kejora,” katanya dalam kenyataan itu.
Lesti kini merupakan antara penyanyi dangdut paling popular di Indonesia
Antara lagu yang didakwa telah dinyanyikan semula oleh Lesti termasuk Cinta Bukanlah Kapal, Bagai Ranting yang Kering dan Buaya Buntung. Lagu-lagu berkenaan dipercayai telah dimuat naik ke platform YouTube tanpa keizinan pencipta asal.
Yoni Dores turut menyerahkan beberapa bahan bukti termasuk surat pengesahan hak cipta serta senarai lagu yang dikatakan telah disalah guna.
Sehubungan itu, Lesti kini disiasat di bawah Pasal 113 jo Pasal 9 Undang-Undang Nombor 28 Tahun 2014 mengenai Hak Cipta di Indonesia.
Jika didapati bersalah, penyanyi berusia 25 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat tahun serta denda maksimum Rp1 bilion (kira-kira RM300,000).
Bagaimanapun, menurut Ade Ary, pihaknya masih menjalankan siasatan dan enggan mengulas lanjut sementara proses tersebut berlangsung.
Setakat ini, Lesti Kejora atau wakilnya masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, Lesti merupakan antara penyanyi dangdut papan atas yang menerima banyak anugerah. Beliau mula dikenali apabila menjuarai Dangdut Academy musim pertama ketika berusia 15 tahun.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...