
Mengumpamakan ada sesetengah kata-kata netizen di media sosial seperti haiwan keldai, lembu, anjing dan babi, Yasin Sulaiman menjelaskan, tiada keperluan untuk mengambil pusing apa yang diperkatakan di ruang komen.
Tulisnya menerusi Instagram, adalah lebih molek andai disapa dengan ucapan salam dan tidak lebih daripada itu.
“Di kalangan netizen ada keldai, lembu, anjing dan babi. Pastinya kita tak ambil pusing pun dengan kenyataan-kenyataan mereka.
"Kenapa? Saya bagi contoh. Kita tengah drive kereta, tiba-tiba tanpa bagi salam lembu lintas jalan dan kita pun terkejut dan tekan brek. Adakah kita akan melenting dan maki lembu itu? Tidak. Sebab kalau kita buat macam tu, kita pun jadi lembu.
“Contoh dua. Kita tengah jogging dengan aman dan tenteram. Tiba-tiba anjing jiran menyalak kat kita. Kita pun terkejut dan terganggu. Adakah kita akan menyalak balik kat dia? Tidak. Kita bukan anjing.
"Contoh babi, di mana ada babi kita pun semua lari. Kalau keldai itu, bodoh. Kita tidak berdialog dengan orang-orang jail. Ucapkan salam sahaja,” tulisnya.
Muat naik penyanyi ini bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen.
Foto : Instagram Yasin Sulaiman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampil Lebih 40,000 Unit Item Syawal Termasuk Selendang Daiyan Trisha, Jovian Mahu Jadi Pusat Sehenti Raya

Penampilan pelakon cantik Daiyan Trisha yang muncul mempromosi koleksi Selendang Daiyan by Jovian mencuri tumpuan para peminatnya.
Terdahulu, Jovian dan artis bintang itu pernah berkolaborasi menerusi projek pelitup muka.
“Koleksi selendang ini adalah sebagai penghormatan kepada kecantikan dan keanggunan wanita, dengan setiap selendang direka dengan teliti untuk menjelmakan rasa keanggunan abadi.
“Dengan rangkaian warna yang menakjubkan dan reka bentuk yang rumit, koleksi ini sesuai untuk sebarang majlis, daripada acara istimewa hingga pakaian harian. Ia juga bukan sekadar koleksi selendang biasa, namun menjadi simbol harapan dan ketabahan.
“Projek ini juga jadi kesinambungan keserasian kami bersama Daiyan sekali gus memenuhi permintaan peminat masing-masing” kata Datuk Jovian Mandagie.
Dalam pada itu, jenama berkenaan turut optimis meneruskan tradisi melancarkan koleksi raya menerusi kempen tradisinya, Joviankan Rayamu.
Untuk tahun ini, jenama berkenaan melancarkan beberapa cabang rangkaian fesyen.
Ia termasuk Jovian Pop Raya, Selendang Daiyan by Jovian, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.
Seiring dengan kempen dilancarkan, Jovian menyasarkan ia sebagai usaha menjadikan empayar niaganya sebagai ‘pusat sehenti raya’ pilihan seisi keluarga.
“Saya percaya saban tahun wanita termasuk yang bergelar isteri atau ibu kebiasaannya akan menjadi kepala menentukan perancangan beraya termasuk membeli kelengkapan raya hinggalah pakaian serta barang kemas.
“Justeru, kami mahu menjadikan kempen Joviankan Rayamu sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.
“Menerusi kempen ini, segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, kelompok wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama. Jadi tak perlu fikir jauh, carilah jenama kami untuk persiapan raya anda,” katanya.
Menurut Jovian, beliau menerbitkan lebih 40,000 unit keluaran raya termasuk baju, tudung, selendang dan aksesori dengan harga dari RM249 hingga RM999.
Malah ia menawarkan belian rangkaian kempen raya ini secara ansuran tiga kali menerusi aplikasi Shopback selain ada menawarkan belian kombo tiga helai tudung RM100, sah laku di semua butik dan di laman rasmi.
Memberikan pilihan kepada peminat dan pelanggan setia jenamanya, Jovian menegaskan bahawa koleksi diketengahkan dari harga mampu milik hingga ke premium.
Untuk ke butik fizikal, boleh kunjungi pusat beli belah seperti Melawati Mall, IOI Putrajaya, Publika, Berjaya Times Square, Pavilion selain cawangan di Bangi, Bangsar dan Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Atas Dasar Tiada Persefahaman,”- Mawar Rashid & Raf Yaakob Umum Berpisah

Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid memaklumkan dirinya sudah berpisah dengan suami, Raf Yaakob.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Menurut Mawar, meskipun sudah berpisah, dia dan Raf akan tetap berbaik dan fokus mereka ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak.
“Kami berdua sudah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih tetap berbaik dan selamanya akan begitu.
“Fokus utama kami ketika ini adalah untuk menyediakan sokongan terbaik dan kasih sayang yang anak-anak perlukan.
“Sama sama berjaya besarkan anak-anak adalah perkara yang paling penting dan hal itu yang akan kami usahakan,” tulisnya.
Pada masa sama, Mawar turut berharap agar semua pihak dapat menghormati keputusan tersebut.
“Kepada rakan dan pihak media, hanya ini kenyataan yang kami berdua akan berikan. Harap semua dapat menghormatinya.
“Kepada para pengikut kami di media sosial, kami berharap agar anda semua mendoakan yang baik-baik untuk kami. Jangan buat sebarang spekulasi atau sebarkan perkara tidak benar,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong mereka selama ini.
“Kami juga berat hati dan terkilan untuk berkongsi berita ini. Bagaimanapun, ini merupakan jalan terbaik buat kami.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami. Kata-kata yang baik amat kami hargai,” akhirinya.
Sekadar informasi, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Negara Dilanda Krisis Lambakan Influencer Bodoh? Dr. Say – “Kenyataan Itu Agak Keras.”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan negara ketika ini sedang dilanda krisis lambakan ‘pempengaruh bodoh’.
Mengulas mengenai isu tersebut, pempengaruh dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril menyifatkan dakwaan tersebut agak kasar namun, tidak menolak memang ada segelintir influencer yang tidak berfikir panjang.
Menurut Dr. Say, kebanyakkan mereka ini hanya memikirkan tentang populariti dan wang tanpa memikirkan tentang kesan yang ditanggung masyarakat.
“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Pada saya kenyataan itu agak keras. Kebanyakkan influencer ini tidak berfikiran jauh.
“Mereka hanya fikir tentang nak glamor dan kejar duit tanpa fikirkan apa akan jadi pada masa hadapan.
“Mereka hanya fikirkan keadaan sekarang sahaja. Kalau mereka yang dimaksudkan, saya setuju,” katanya kepada MH.
Dr. Say berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Maskulin Who’s Your Bro yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Pada masa sama, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini akui terkilan dengan sikap segelintir pihak yang sanggup mengetepikan soal pelajar semata-mata untuk menjadi pempengaruh.
“Apa yang saya nampak, ramai yang sanggup mengetepikan pelajaran demi menjadi influencer. Perkara ini sangat tidak patut.
“Ketika ini, kita ada teknologi AI dan chat GPT. Silap-silap muka kita pun boleh digantikan dengan AI. Apa akan jadi bila semua perkara ini boleh digantikan?
“Apa yang membuatkan kita mampu bertahan adalah dengan segulung ijazah,” katanya lagi.
Tambah Dr. Say lagi, setiap orang diberikan pilihan sama ada mahu memanfaatkan populariti mereka untuk perkara baik atau buruk.
“Ada yang kata viral disebabkan hal negatif pun okay asalkan tetap viral. Pada saya, kesemua pembikin konten kena ubah mindset itu. Kita nak kekal relavan dalam jangka yang lama.
“Ambil contoh isu peniaga donut, mungkin dengan cara marketing yang dia buat itu boleh menaikkan namanya. Namun, adakah orang akan kaitkan dia dengan perkara bagus?
“Akhirnya, dia terpaksa buat permohonan maaf secara terbuka. Kalau nak glamor sebegitu, tak perlulah. Lebih baik buat dengan cara elok. Rezeki pun akan jadi lebih bersih,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Say turut mendedahkan dirinya amat teliti sebelum memuat naik sebarang konten di media sosial.
“Tanyalah isteri saya, memang saya ambil masa yang lama untuk memikirkan tentang satu konten. Dari segi ayat, kita kena fikir sesuai atau tidak.
“Paling penting adalah isi yang ingin disampaikan. Saya pula seorang doktor dan ada kredibiliti yang harus dijaga. Ditambah pula saya juga seorang suami dan bapa.
“Kalau ada kontroversi pun bukan kerana saya salah cakap tapi disebabkan topik itu sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, dakwaan negara ketika ini sedang dilanda krisis lambakan pempengaruh-pempengaruh bodoh tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Malah, pemerhatian tersebut dipercayai telah dibuat oleh pihak pakar.
Namun, sehingga kini belum ada kajian rasmi yang didedahkan bagi menyokong dakwaan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI