“Malam ini, anda akan melihat wajah ‘ahli neraka’ ini lagi ke udara. Menyampaikan berita dan menyebut Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan pembangkang yang akan diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak”

Itulah antara kata-kata yang dikeluarkan oleh pembaca berita Buletin Utama yang menerima pelbagai tomahan dan kata-kata negative daripada netizen.

Melalui ruangan Facebook, Mohd Izwan Azir menjelaskan dirinya dicaci dan dinista hanya kerana dirinya di ‘barisan hadapan’ stesyen televisyen yang dia berkhidmat.

Digelar ‘Wajah Ahli Neraka’, Sedih Dengar Penjelasan Pembaca Berita Ini!

Walaupun sering menjadi bahan kecaman sehingga pernah dibaling botol air ketika dia melakukan siaran langsung hanya kerana dia memegang mic dengan logo syarikat berkenaan, Izwan tidak mengalah untuk melakukan kerjanya sehabis baik yang mungkin.

“Rakan-rakan saya di TV3 tahu, Izwan Azir Saleh adalah seorang yang tidak gemar politik. Ketika bertugas di Parlimen, saya lebih suka tidur daripada sibuk mencari ahli yang berhormat. “Namun ketika saya harus berlintas langsung, saya akan pastikan yang saya kelihatan tip-top, segak dan tahu apa yang berlaku. Semua itu saya lakukan supaya apabila kerja saya selesai dengan baik, saya boleh pulang segera tanpa ditanya lagi oleh boss dan melanjutkan kehidupan harian saya, menikmati masa-masa bersama keluarga atau bersendirian tanpa diganggu urusan kerja.

 

“Saya kini dihukum hanya kerana berkhidmat dengan sebuah saluran TV Pro-BN. Saya menjadi seperti Allahyarham Nordin Ahmad atau Sharif Doll yang diludah di Jalan Ampas, “Singapura hanya kerana watak antagonis Datuk Laksamana Megat Seri Rama dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang atau Samseng Kampung Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Menurutnya lagi, dalam suasana Malaysia yang baharu, janganlah sesiapa menilai hanya dari kulit tetapi bacalah isi kandungannya.

IKLAN

Izwan turut berkongsi sedikit kenangannya bersama salah seorang pemimpin yang ramai tidak tahu.

Katanya ketika pemimpin tersebut dipecat daripada pentadbiran terdahulu dia bersama pasukannya lah tolong membersihkan pejabat menteri sehingga lewat malam.

Tetapi dia tidak menjaja cerita ini atas dasar persahabatan bersama.

IKLAN

Digelar ‘Wajah Ahli Neraka’, Sedih Dengar Penjelasan Pembaca Berita Ini!

“Dalam suasana Malaysia yang baharu, janganlah kalian menilai hanya dari kulit, tapi bacalah isi kandungannya. Fahami bahawa golongan barisan hadapan ini adalah mentimun. Digolek juga lenyek, menggolek juga lenyek. Saya hanya cuba melaksanakan tugas saya dengan baik.

 

“Ramai yang tidak tahu, ketika Datuk Seri Shafie Apdal dipecat daripada pentadbiran terdahulu, sayalah bersama pasukannya, membersihkan pejabat Menteri sehingga larut malam, dan berpelukan dengan rakan-rakan saya yang terpaksa meninggalkan pejabat dengan segera.

 

“Tetapi saya tidak perlu menceritakan semua ini, atas dasar persahabatan bersama mereka. Mereka kenal saya. Pemimpin kerajaan kini juga kenal saya, malah ada antara mereka yang sering berhubung dengan saya. Mereka tahu siapa yang saya maksudkan.

Tambahnya lagi, walaupun dirinya digelar sebagai ‘wajah ahli neraka’ namun dia akan terus komited bekerja dan lakukan yang terbaik sehingga khidmatnya tidak diperlukan.

IKLAN

“Malam ini, anda akan melihat wajah ‘ahli neraka’ ini lagi ke udara. Menyampaikan berita dan menyebut Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan pembangkang yang akan diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Biarkanlah saya melaksanakan tugas secara profesional seperti yang telah saya lakukan selama ini. Walaupun pedas tuduhan yang anda lempar, tetapi akhirnya saya cuma manusia biasa. Penyampai Berita bukan pembuat dasar. Apabila diarah untuk bersiaran, saya akan lakukan yang terbaik dan apabila diarah berhenti daripada bersiaran, seperti ketika saya diminta meninggalkan pasukan Malaysia Hari Ini (MHI) Januari lalu, saya taat dan keluar dengan seikhlas hati. Itulah saya,” tulisnya di ruangan status di Facebook.

Bagaimanapun, Izwan sempat memuji sikap matang di kalangan pemimpin kini yang dianggap sebagai matang kerana masing-masing mengucapkan tahniah buat pemenang.

Izwan juga sempat berterima kasih kepada semua dan mahu orang ramai memahami tugas sebagai seorang pemberita serta memahami situasi mereka.

Digelar ‘Wajah Ahli Neraka’, Sedih Dengar Penjelasan Pembaca Berita Ini!

SUMBER: Mohd Izwan Azir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI