Pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah Amin (PU Amin) menerusi Instagram ada memberikan penghargaan serta dedikasi panjang lebar berkenaan dengan gerak kerja yang dilakukan warga perubatan.
Jelasnya, mereka yang disifatkan sebagai ‘hero’ kerana berada di barisan hadapan bagi mengekang penularan wabak yang sedang melanda dunia ketika ini.
Foto yang dikongsi merakamkan seorang individu bersembahyang di tikar sejadah.
“Dalam keadaan kelam kabut seperti ini , mereka adalah hero kita. Mereka adalah manusia di barisan hadapan ketika perang menentang virus jahat ini . Entah berapa lama masa mereka ada untuk bersama keluarga.
“Jasad mereka penat , letih , putus asa , habis duit dan harta. Namun mereka terus bekerja untuk menjamin keselamatan kita.
Ads
“Tikar sejadah sebagai teman . Berdoa dan terus sujud . Mengharap agar Allah menurunkan keajaiban agar dibunuh covid 19 ini,” tulisnya.
Amin pada masa sama turut meminta ramai supaya tidak mementingkan diri sendiri dan terus berdoa dan berzikir sebagai ikhtiar.
“Pada semua , jangan pentingkan diri sendiri . Jangan melancong . Duduk di rumah , jaga kesihatan , jaga kebersihan , elak berada di tempat awam . Setiap hari kes terus bertambah.
Ads
“Mungkin kerja dan kerjaya kita terjejas , tapi tak apalah untuk sebulan dua , berbanding banyak lagi mudarat dan bahaya yang akan terdedah.
“Teruskan berdoa pada Allah . Segala usaha telah dijalankan . Kini kusa Allah adalah segala galanya . Kuatkan iman , bangunlah solat malam . Buat 2 rakaat Qiyamu Lail , Allah akan turun rahmat mencurah curah.
“Berzikir Ya Latif 100x setiap kali selepas habis solat fardhu. Inshaallah Allah Maha Lembut , Allah Maha Penyembuh ! Allah akan bantu kita . Sebut kalimah Allah Allah Allah banyak kali . Takut lah pda Allah.
Ads
“Rindu majlis ilmu di surau masjid . Rindu nak tawaf nak saie di Kaabah . Rindu nak solat jemaah ramai ramai . Allah tarikh nikmat ibadah masa ini . Dikala semua pintu pintu masjid di tutup jangan kita lupa PINTU TAUBAT masih terbuka.
“Matahari belum terbit dari barat , dajjal belum keluar , Nabi Isa belum turun . Maka kerap lah bertaubat. Semoga kawan kawan semua terpelihara , saya sayang anda semua . Sayang kalian kerana Allah swt,” tulisnya panjang lebar.
Sehingga kini, Malaysia mencatatkan kes paling tinggi di Asia Tenggara, termasuk pesakit yang sudah pulih.
Foto: Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti yang dipetik daripada kenyataan akhbar, jemaah menteri memutuskan agar dua bulan gaji Yang Amat Berhormat Perdan Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung Covid-19.
Langkah ini bagi membuktikan kesungguhan kerajaan membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak ini.
“JEMAAH MENTERI POTONG GAJI 2 BULAN UNTUK TABUNG COVID-19.
Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac 2020 telah memutuskan agar 2 bulan gaji YAB Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.
“Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
“Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48,” seperti yang dipetik menerusi laman web PMO.
Sumber : Laman web PMO
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikelilingi sahabat yang memahami dan sentiasa memberi sokongan dikala sedang bersedih, Achey Bocey baru-baru ini turut menerima sepucuk surat daripada kanak-kanak.
Menerusi isi kandungan surat yang diletakannya di dalam peti surat di kediaman Achey, difahamkan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Azalea, Alisha dan Adam menulis kata-kata semangat buat Achey dan Fad di atas pemergian sahabat mereka, Abam.
“Assalamualaikum abang Achey, kami peminat abang Achey. Abang jangan sedih tau semenjak arwah Abam meninggal dunia. Kita sama-sama doakan arwah Abam agar tenang disana.
“Hanya kenangan yang boleh menggembirakan abang Achey dan abang Fad. Semoga amalan arwah di dunia ini diterima Allah dan semoga arwah Abam ditempatkan dikalangan orang beriman,” baca Achey dengan nada terharu.
Kongsi Achey, dia amat berterima kasih kepada kanak-kanak berkenaan sanggup mengirim surat kepadanya kerana memahami situasinya yang masih dibelengu kesedihan diatas pemergian sahabatnya, Abam pada 10 Februari lalu.
“Budak-budak pun faham, terima kasih hantar surat hingga pos ke rumah. Cantik tersusun ayat kalian,” kata Achey.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan ratusan komen.
Video : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak COVID-19, kebanyakkan lokasi dan premis diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu termasuklah rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya.
Lantaran itu, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman ada berkongsi sebuah video yang sempat dirakam sewaktu pihak masjid di kawasan perumahannya membuat pengumuman supaya para jemaah tidak perlu datang ke masjid dan hanya menunaikan solat jemaah di rumah.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi pembesar suara masjid yang turut boleh didengari penduduk sekitarnya.
“Ya Allah, maafkan kami, angkatlah wabak ini dari kami,” tulisnya ringkas.
Video yang dikongsi dilaman Twitter itu menghadirkan rasa sayu di kalangan netizen.
Selain turut bersedih, rata-rata netizen turut menitipkan doa supaya wabak ini berakhir segara seterusnya berdoa agar segala aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.
Bermula hari ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan terutamanya aktiviti luar sebagai langkah pencegahan untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Sumber: Twitter Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.