“Di Akhir Lagu Tu, Macam Zamani Menangis…,” – Aduh Bikin Peminat Teruja, Setengah Juta Tontonan Dalam Masa 2 Hari Di YouTube!

Share

Meski baru dua hari dilancarkan di YouTube, single terbaru Zamani berjudul Aduh sudah pun berada pada kedudukan yang baik dalam senarai muzik video trending di Malaysia.

Sehingga kini, muzik video lirik yang merakamkan proses menyiapkan lukisan penyanyi Gerimis Mengundang itu sudah pun ditonton lebih 500,000 kali.

Rata-ratanya memberi maklum balas positif terhadap lagu berkenaan, menerusi ruangan komen YouTube di saluran akaun Faithful Music.

Sementara itu, maklum balas lebih kurang sama turut ditinggalkan peminat menerusi Instagram penyanyi yang mendapat tempat ketiga di Gegar Vaganza musim kelima itu.

Foto: YouTube Faithful Music, Instagram Zamani

IKLAN