Tahun ini Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) telah membuat kelainan dengan menggabungkan empat buah stesen TV dari Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad iaitu TV3, ntv7, 8TV, dan TV9.

Gabungan empat stesen TV ini adalah bertujuan untuk menerima penyertaan daripada semua lapisan masyarakat.

Ketua Pegawai Ekskutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, mereka amat mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai untuk menunjukkan bakat terpendam mereka.

“Ini merupakan peluang keemasan kepada semua golongan untuk menunjukkan bakat terpendam mereka. Kami amat mengalu-alukan para peserta yang ingin mengekspresikan imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan serta menyertai bengkel-bengkel bersama panel berpengalaman dalam industri seni tanah air untuk meneri bimbungan dan berkongsi ilmu.

 

“Insya ALLAH, DFKL yang dianjurkan untuk kali kelima inj akan mendapat respon yang positif seperti sebelum ini, serta mampu mewarnai industri penyiaran dan menghasilkan suatu karya yang disukai oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, DFKL tahun ini telah menampilkan Syazuwan Hassan dan Pauline Tan sebagai duta dan antara panel yang turut serta dalam menjayakan bengkel-bengkel di DFKL adalah seperti Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Datin Diana Danielle Sheila Rusly, Shahrulezadm Jason Chong dan Jason Kok.

IKLAN

DFKL 2018 Gabung 4 Saluran TV

DFKL 2018 Gabung 4 Saluran TV

IKLAN

DFKL 2018 Gabung 4 Saluran TV

IKLAN

Selain itu, pada malam anugerah DFKL nanti, sebanyak 11 kategori akan dipertandingkan antaranya adalah anugerah Aktor Pilihan, Aktress Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan dan banyak lagi.

Untuk para peminat yang ingin melihat artis pujaan mereka merangkul anugerah pada malam itu nanti, anda boleh membuat undian bagi 9 kategori untuk menentukan barisan pemenang bermula 1 Februari hingga 1 March 2018 di laman web rasmi DFKL, www.dfkl.com.my.

Sumber Gambar: Instagram TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI