Nampaknya baru-baru ini Abang Terlajak Laris telah muat naik sebuah video di akaun Instagramnya mengamuk dan tidak puas hati tentang rekaannya diciplak oleh rakyat tempatan Vietnam.

Dia juga berang dan kecewa apabila rekaannya itu disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan meletak jenama yang lain.

Aliff turut memberitahu harga yang dijual juga berbeza dan menganggap ia sesuatu yang tidak patut terjadi kerana menganggunya mencari rezeki.

“Mcmana lah bisnes baru saya ni nak maju kalau design saya kena curi? Penat saya pagi petang siang malam nak bangunkn brand @aliff_syukri saya ni tapi akhirnya ditiru diciplak jadi banyak warna! . Ini design saya bulan Januari, skrg baru diorg start nk tiru.. Ni la org yg nak kaya cepat,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

IKLAN

Walau bagaimanapun, Aliff sempat menulis di ruangan kapsyen, sungguh pun design sama seperti rekaannya tetapi kualiti kainnya sangat berbeza.

IKLAN

Aliff yang cuba membuktikan pada semua turut memuat naik helaian tudungnya yang original dan berkata kain sebenarnya diperbuat daripada satin silk asli dan memberitahu dia tidak pernah melakukan cetakan tudung di Vietnam. Malah Aliff turut memberitahu kehadirannya di negara tersebut bukanlah untuk membuat tudung sebaliknya mahu buat siasatan dan membenteras hasil ciplak.

IKLAN

Apa pun betullah kata Datuk Aliff Syukri, mereka semua berpenat lelah dan berhempas pulas untuk hasilkan sesuatu rekaan sampai adakalanya tidak tidur malam, senang-senang sahaja individu tidak bertanggungjawab ciplak hasil karya mereka, tidak ke itu mengecewakan?

Tidak pasal-pasal Jenama Naelofar juga terkena tempiasnya. Patutlah suatu ketika dahulu Neelofa pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat tekstil di Vietnam kerana ciplak rekaan tudungnya.

Apa pun harap kes ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI