Pelakon dan hos, Hanis Zalikha ada membawa anak sulungnya, Yusuf Iskandar ke klinik gigi bagi mengetahui status kesihatan gigi permata hatinya itu.
Ujar isteri kepada Hairul Azreen ini di ruangan kapsyen, doktor yang membuat periksaan gigi Yusuf menasihatkan agar anaknya itu berhenti minum susu menggunakan botol kerana ia boleh menggaggu pertumbuhan gigi secara sihat.
“Bawa Yusuf jumpa dentist lagi. Sebab nak tengok keadaan gigi dia. Dentist cakap stop minum susu botol, walaupun sippy cup. Sebab Yusuf pun nak masuk 4 tahun dah June nanti, takut ganggu facial bone structure.
Ads
“Jadi dah 5hari dia minum susu terus dari dalam cawan saja. Anak soleh @theyusufiskandar sayang Mommy Daddy ni,” tulisnya bersama pautan video pendek.
Terdahulu, Hanis dan Hairul telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang dilahirkan Mei tahun lalu.
Pengacara dan pelawak, Jihan Muse meraikan ulang tahun ke-35 kelahiran suami tercinta, Ungku Hariz Faizal sehari lalu.
Lalu bersempena dengan hari jadi insan tersayang, hos Gegar Vaganza itu turut menitipkan dedikasi, serta mengharapkan agar suaminya menjadi ketua keluarga yang soleh dan sentiasa dimurahkan rezeki.
“16 jamadilawal 1405H lahirlah seorang suami untuk masa depan. 35 tahun kemudian bersamaan tahun 2020M berdiri lah dia di samping seorang wanita dan kanak2 lelaki yg dipanggil isteri dan anak.
“Semoga suami ini sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT, menjadi suami yg begitu awesome dan soleh, menjadi pembimbing yg benar dan semoga beroleh rezeki yg diberkati. Semoga followers 2.8juta saya ni dapat doakan untuk suami saya Ungku Hariz Faizal di harijadinya ini,” tulisnya panjang lebar.
Atas keraian itu, para peminat termasuk rakan selebriti turut memberikan dedikasi terhadapnya.
Terdahulu, Jihan dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 dan keduanya dikurniakan seorang cahaya mata setakat ini, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.
Foto: Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasa sedih dan sayu mengiringi upacara pengebumian jenazah Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam tadi.
Dianggarkan seramai 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir seperti Achey, Black, Fasha Sandha, Fizo Omar, Zamani, Datuk AC Mizal, Mark Adam dan Hairul Azreen.
Turut hadir bersama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Achey yang merupakan sahabat terdekat arwah bersyukur kerana upacara pengebumian berjalan lancar.
“Dalam keadaan dia pergi saya bersyukur dan reda kerana dia pergi dengan tenang dan tidak meninggalkan apa-apa kontroversi.
“Saya harap doa orang ramai sampai kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata Achey seperti dipetik IGTV Awani.
Berkongsi momen indah bersama arwah, Achey yang sama-sama menganggotai kumpulan Bocey ada cerita sendiri.
“Kami (Abam, Fad dan Achey) ada berkongsi untuk menambah anak kerana kami suka bercerita mengenai hal demikian. Itulah antara momen kami kongsikan bersama
“Dia (arwah) ada cakap dia nak tambah anak lagi seorang. Saat dia pergi, saya pegang anak arwah memang sangat sayu. Tambahan pula, anak arwah masih kecil,” kata Achey dalam nada sebak.
Sementara itu, Achey menjelaskan bahawa mereka sudah membuat persediaan untuk bekerjasama dalam sebuah program menerusi platform media sosial.
“Kami ada perancangan untuk membuat satu program yang menggunakan platform media sosial. Malah, persiapan sudah pun dilakukan dan itu juga merupakan idea arwah.
“Saya dan Fad akan teruskan karier dan tanggungjawab ini. Kami juga ada periuk nasi masing-masing. Kami akan cuba kembangkan apa yang kami ada. Kami tak akan lupakan dia,” akhiri Achey tenang.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Bagi setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang pasti akan merasai sedih meski reda.
Terbaru, penyanyi yang terkenal lagu Di Persimpangan Dilema itu meluahkan rasa sedih dan simpati bagi kaum wanita yang pernah kehilangan suami tercinta.
“Tidak ada seorang perempuan pun yg mahu kematian suami.
“Tidak ada seorang anak pun yang mahu menjadi anak yatim, terutama sekali diusia yg kecil.
“Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul.Sekadar berkongsi,” tulisnya.
Di samping itu, Nora turut memaklumkan pernah dipandang hina kerana berstatus Balu.
“Saya pernah di hina kerana status seorang BALU. Pelbagai kata2 nista. Hanya kerana saya seorang ibu tunggal yg terpaksa berdikari setelah kematian suami.
“Anak saya, anak2 yatim….juga pernah merasai bagaimana dipanggil sbg anak yg TAK CUKUP KASIH SAYANG…..MERAIH SIMPATI….dan lain2.
“Sesungguhnya….Hanya Allah yg tahu. Sedekahkan Al- fatihah buat semua yg telah pergi.Bertabah lah dgn ujian hidup.,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.