“Dengar Azan Tapi Tak Solat,”- Zoey Rahman Senarai Antara Perkara Sia-Sia

Share

Baru-baru ini, pelakon dan hos, Zoey Rahman atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman ada menulis satu twit di akaun Twitter.

Menerusi twit tersebut, Zoey berkongsi mengenai tiga perkara sia-sia yang sering dilakukan ramai.

“Tiga perkara sia-sia: 1. Cas phone tapi tidak on suis. 2. Buat live di instagram tapi tak ada orang join tengok. 3. Dengar azan tapi tak solat. Yang ketiga tu paling sia-sia.,” tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Cik Sempurna ini mendapat perhatian daripada peminat.

Mala, rata-ratanya juga turut bersetuju dengan pandangan yang disampaikan oleh bintang kelahiran Besut, Terengganu itu.

Untuk rekod, Zoey telah dilahirkan pada 3 Januari 1985 dan merupakan anak keempat daripada lima adik beradik.

Foto: Twitter Zoey Rahman

IKLAN