“Dengan Izin Allah 10 Terakhir Ramadan Isteri Selamat Lahirkan Baby Girl,” – Lengkap Sepasang! Mathni Razak Kongsi Nama Anak

Share

Pelakon drama, Mathni Razak mendedahkan tahun lalu dia pernah berhasrat untuk memiliki cahaya mata perempuan selepas dia dan isteri selamat menimang anak sulung lelaki yang kini mencecah usia lima tahun.

Dan kini, harapan serta doanya dimakbulkan Allah SWT.

Sambil merakamkan rasa syukur, Mathni atau nama sebenarnya,

Ahmad Mathni bin Ab Razak,32, menerusi Instgaram turut berkongsi nama anak perempuannnya yang dilahirkan kurang dua minggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Bulan puasa tahun lepas teringin nak baby girl. Alhamdulillah dengan izin Allah 10 hari terakhir Ramadhan isteri selamat melahirkan baby girl yang diidamkan.

“Maryam Ramadhani nama diberi, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat. Aamiin Aamiin Ya Rabb.

“Anyway Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dari saya & keluarga,” tulisnya bersama pautan foto keluarga yang sedondon berbaju raya rona hitam.

Imbas kembali, Mathni dan isterinya, Azrin Zulkepli mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dan anak lelakinya diberi nama Abd Mateen Arjuna.

Foto: Instagram Mathni Razak

IKLAN