Pelakon, Ezzaty Abdullah mengakui bahawa dia sangat teruja dengan watak sebagai seorang ‘mak ayam’ menerusi drama bersiri Original Iflix, KL Gangster Underworld.
Katanya, dia banyak mendapat tunjuk ajar daripada ‘mak-mak ayam’ di luar sana untuk lebih mendapat ‘feel’ watak tersebut.
“Watak ini adalah yang diidam-idamkan selama ini sebab itu bila saya ditawarkan watak tersebut, saya terus ambil. Kalau dapat watak ‘mak ayam pondan’ lagilah saya suka, nak sangat tapi nanti kena garaukan suara pula.
“Perasaan teruja itu memang ada dan saya terus telefon ‘mak-mak ayam’ yang saya kenal untuk mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat mereka.
“Sebenarnya saya kalau di set penggambaran memang suka berkawan dengan ‘make-up artist’ ini, jadi merekalah yang banyak tunjuk ajar saya, cara saya berjalan, ekpresi muka, pakaian, semuanya mereka yang bagi idea,” katanya kepada Media Hiburan.
Drama bersiri enam episod ini mengisahkan sisi gelap mereka yang bergelumang dalam dunia gengster ini, diarahkan oleh Faizal Ishak dan diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan Syamim Yusof.
Drama ini juga merupakan hasil kerjasama buat julung kalinya Ilfix dan juga Skop Production.
Dalam pada itu, Ezzaty turut berkongsi perasaan debar mengenai reaksi orang ramai terutama sekali suaminya sendiri, Azwan Kombos.
“Risau penerimaan orang tapi lagi risau nak tengok reaksi suami saya. Sebenarnya, saya memang selalu bagitahu apa yang terjadi di set supaya dia tahu.
“Contohnya kalau saya pakai baju seksi, saya akan ambil gambar dan hantarkan kepadanya, kalau ada babak seksi sikit, saya akan terangkan kepada bila balik rumah.
“Saya tak mahulah kalau ada salah faham ke nanti,” terangnya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI