Kecoh baru-baru ini apabila ada selebriti dikecam netizen apabila mempromosikan produk kesihatan di laman Instagram miliknya.
Kebanyakkan netizen menganggap tindakan selebriti tersebut sebagai ‘kurang bijak’ apabila melihatkan produk yang dipromosikannya.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian pelakon, Sharifah Amani yang berkongsi di laman Twitter miliknya bagaimana dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta satu produk pemutih.
“I don’t think I’ve ever endorsed anything without using it for myself first. My Mama taught me if I was going to tell people that this particular product was good I had to make sure for myself first.
“Itu tanggungjawab kita. Nak yakin orang untuk beli kita kena yakin dulu.
“Pernah skali a whitening product nak kasi kita bayaran setuja untuk jadi duta dia. ‘Sedap nya duit tu’ I thought.
“Then my Mama tegur “Awak tu cerah pasal genes bukan pasal cream. Orang Asia mana ada puith macam Mat Salleh? Product tu ada bleach, bahaya untuk kesihatan”,” ceritanya.
Pernah skali a whitening product nak kasi kita bayaran setuja untuk jadi duta dia. “Sedap nya duit tu” ? I thought. Then my Mama tegur “Awak tu cerah pasal genes bukan pasal cream. Orang Asia mana ada puith macam Mat Salleh? Product tu ada bleach, bahaya untuk kesihatan”.
— Sharifah Amani (@sharifahamani) April 30, 2018
Berikutan itu, dia yang lebih mesra dipanggil Nani mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut.
“So end up tak jadi lah duta product itu. Sejuta pun bye bye. Tapi Mama kita yakin kan kita yang rezeki akan ada di mana mana.
“Duit bukan segalanya. Tanggungjawab kita pada masyarakat lebih penting daripada kepentingan diri sendiri. Syukur for my Mama. I love you @fatibee.
“And that’s why I will never be kaya and is forever sendu,” tambahnya lagi.
And that’s why I will never be kaya and is forever sendu. ???? pic.twitter.com/ibT5n8v4cR
— Sharifah Amani (@sharifahamani) April 30, 2018
Wow! perkongsian Nani itu sememangnya membuka mata MH bahawa bukan mudah menggalas tanggungjawab menjadi duta sesuatu produk.
Yalah kan, kalau ada komplikasi terjadi kepada pengguna, nama kita pun akan terbabit sama.
Dalam pada itu, penyanyi, Yuna memberikan sokongan terhadap perkongsian pelakon filem ‘Sepet’ itu.
“Yes!! me too!! the exact same offer, exact same discussion with my mom, exact thought. At least.. I know I have a stand. Money is nice, but it’s not everything,” tulisnya.
yes!! me too!! exact same offer, exact same discussion with my mom, exact thought. At least.. i know i have a stand❤️ money is nice, but its not everything
— Yuna Zarai (@yunamusic) April 30, 2018
Pada MH, Nani dan Yuna masing-masing cantik mengikut keperibadian masing-masing dan bukan disebabkan warna kulit mereka. Oleh itu, netizen juga harus ‘confident’ dan percaya dengan kecantikan masing-masing.
Sumber: Twitter Sharifah Amani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI