Ads

“Demi RM5,000, Sangat Memalukan,” – Zizi Kirana Terkilan Ada Yang Sanggup Jadi Tali Barut!

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui berita mengenai sahabatnya, Ardell Aryana, yang didakwa sedang dijejaki oleh individu tidak dikenali sebaik pulang daripada menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut Zizi, dia dan rakan-rakan lain memilih untuk tidak terlalu masuk campur dalam hal itu kerana ingin memberi ruang buat Ardell menumpukan perhatian terhadap ibunya yang baru selesai menjalani pembedahan kaki.

“Demi RM5,000, Sangat Memalukan,” – Zizi Kirana Terkilan Ada Yang Sanggup Jadi Tali Barut!

“Saya pun baru sahaja tahu mengenai perkara ini menerusi perbualan di grup Whatsapp. Namun, untuk bercakap secara lebih terperinci, saya tak tahu.

“Ketika ini, kita memang tidak mahu mengganggu Ardell kerana dia sedang fokus menjaga ibunya yang baru sahaja menjalani pembedahan pemotongan kaki,” katanya kepada MH.

Doa Agar Tiada Lagi Ancaman

Pada masa sama, penyanyi lagu Boleh Jalan itu terkilan terhadap segelintir rakyat tempatan yang sanggup menjadi tali barut dengan berkongsi maklumat kepada tentera Isr@el demi habuan wang.

“Demi RM5,000, Sangat Memalukan,” – Zizi Kirana Terkilan Ada Yang Sanggup Jadi Tali Barut!

Ads

“Bila timbulnya isu ini, kita tahu di Malaysia ini memang ada sekutu Isr@el.

“Pada saya, tindakan ini sangat memalukan bila ada pihak yang sanggup menggadai agama semata-mata untuk mendapatkan ganjaran RM5,000,” ujarnya.

Zizi bagaimanapun bersyukur kerana dirinya dan keluarga masih berada dalam keadaan selamat.

“Demi RM5,000, Sangat Memalukan,” – Zizi Kirana Terkilan Ada Yang Sanggup Jadi Tali Barut!

Ads

“Alhamdulillah, buat masa ini saya tidak menerima sebarang gangguan. Saya pun memang minta jauhlah hal seperti ini daripada berlaku.

“Lagipun, saya memang tidak terlalu mendedahkan tentang keluarga di media sosial. Saya sangat menjaga privasi. InsyaAllah saya doakan perkara seperti ini tidak menimpa kepada sesiapa,” kongsinya lagi.

Mengimbas pengalaman sewaktu ditahan tentera Isr@el, Zizi menyifatkan semangat golongan wanita di G@za menjadi kekuatan utama untuk terus bertahan.

“Demi RM5,000, Sangat Memalukan,” – Zizi Kirana Terkilan Ada Yang Sanggup Jadi Tali Barut!

Ads

“Perkara yang kami tidak dapat lupakan apabila wanita muslim diminta untuk menanggalkan tudung. Seluruh anggota badan kami diperiksa.

“Walaupun yang memeriksa itu adalah askar wanita, kami tetap rasa tidak selesa. Namun, apa yang menguatkan semangat kami, saya sentiasa berfikir yang wanita di Gaza dilayan dengan lebih teruk.

“Apa yang mereka lalui, dua atau tiga kali ganda lebih hebat berbanding kami. Jadi, saya ambil kekuatan itu. Kami pilih untuk kekal tenang walaupun macam-macam perkara mereka lakukan kepada kami,” akhirinya.

Terdahulu, suami Ardell, pelakon Nadzmi Adhwa mendakwa keluarganya kini seperti sedang diperhatikan oleh golongan yang dilabel sebagai tali barut Isr@el di Malaysia.

Jelasnya, mereka kini lebih berhati-hati serta meningkatkan aspek keselamatan selepas Ardell didakwa pernah dipaksa mendedahkan informasi mengenai anak-anak mereka sewaktu ditahan di penjara Isr@el.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.