Demi Perlindungan Anak-Anak, Imam Muda Asyraf Kongsi Doa Sunnah Dari Nabi Ibrahim AS. Moga Beri Manfaat

Share

Acap kali ibu bapa risau akan anak-anak apabila tiada di depan mata.

Kata Imam Muda Asyraf, atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan, sebagai manusia kita perlu berusaha sehabis baik dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

Penceramah bebas ini turut berkongsi doa perlindungan anak-anak seperti yang dibaca Nabi Ibrahim AS pada anaknya, Nabi Ismail dan Nabi Ishak.

Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh.

“Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur

“Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.

إنأباكمكانيعودبهااسماعيلواسحاق: “Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:

أعودبكلماتاللهالتامةمنكلشيطانوهامهومنكلعينلامةA’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah

Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain),

” tulisnya.

Perkongsian yang bagus untuk diamalkan oleh semua.

Foto : Instagram Imam Muda Asyraf

IKLAN