Demi Nak Tunai Haji Dengan Tenang, Bonda Rozita Dedah Item Ini Yang Bakal Dibawa Selama 20 Hari Di Tanah Suci

Share

Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim bakal mengerjakan Haji dalam masa terdekat.

Seperi bakal jemaah lain, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita ini telah menyediakan kelengkapan seperti pakaian, makanan dan barangan keperluan untuk berangkat Tanah Suci.

Perkara tersebut dikongsikannya menerusi Instagramnya. 

“Sy dh kemas nak gi haji 20 hari , sy bawa jubah 12 helai , telekung 5 helai dan alat2 masak.

“PETANG NI JAM 6.00-6.45 pm jgn lupa temankan sy di RADIO NASIONAL FM.. tentang WANITA CEKAL.. (setiap negeri frekuensi lain2 boleh tgk di google).

“Abang haji bising “awak tau x mana sempat masak2 kita ke Mina 5 hari dn berat2 bawa beg sy yg angkat nanti , bukan xda duit pun , cari lah makanan apa pun kt sana”.

“Bonda Malas nak gaduh haahh sy senyap2 bawa gak dapur , nanti dia gak yg makan wlu bebel , ishhh bagi sy kan lelaki kalau bebel lagi kapochi”.

“Saya manusia pelik dn susah diurus , kalau x makanan taste melayu mood swing ..sy nk ibadah tenang so lg eok sy bawa ..nanti klu moody lagi ntah kemana ibadah haji tu nanti,” kongsi Rozita.

Menerusi gamabr tersebut, dilihat Rozita turut membawa peralatan memasak seperti dapur gas.

Sementara itu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian usahawan tersebut.

Foto : Instagram Rozita Ibrahim

IKLAN