Kelibat Nora Quoirin, 15 sehingga kini masih belum ditemui dan pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi pencarian.
Fasha Sandha turut meluahkan keprihatinan dan memuat naik poster memohon bantuan netizen agar turut sama menyumbang tenaga dan membantu pencarian remaja tersebut.
Lebih menyayat hati, menerusi perkongsian pelakon ini, misi pencarian diteruskan dengan menggunakan suara ibu mangsa, Meabh Jaseprine Quoirin yang mengatakan “Nora sayang. Ibu sayangkan awak. Ibu di sini”.
“#prayfornora. Sesiapa yang berada di seremban dan berjumpa Dengan Nora, mohon hulurkan bantuan , Tolong!
Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat, Amin @aqidahazizi #noraannequoirin,” tulisnya.
Semalam, pelakon Nadya Syahera ada berkongsi sekeping foto yang merakamkan dirinya sedang memeluk erat suami, usahawan Fizul Nawi di Instagram.
Apa yang menariknya, kapsyen yang dibuat pelakon Abang Bomba I Love You ini nyata mengundang perhatian ramai, seakan-akan mengimbas isu sensasi yang pernah terpalit dalam institusi rumah tangganya sebelum ini.
“Masih bersama #doaygbaik2 #diapilihsayabukanawak #jgnganggujodohorang,” tulis Nadya ringkas.
Lalu menerusi Harian Metro, ibu kepada dua permata hati itu mendedahkan, tindakannya memuat naik status berkenaan adalah untuk menjelaskan keadaan terkini hubungannya dengan suami.
Pelakon berusia 26 tahun itu menegaskan, jika individu yang pernah dikaitkan dengan suaminya sebelum ini terasa hati dengan kapsyen tersebut, dia meminta agar individu tersebut sedar.
“Status itu dimuat naik bagi menjawab spekulasi kononnya saya dan suami sudah berpisah serta tidak lagi tinggal sebumbung.
“Buat pengetahuan semua, selepas kes curang tempoh hari saya dan suami ambil pendekatan untuk mempertahankan rumah tangga kami. Suami pun sudah minta maaf dan saya nampak usaha dia untuk berubah.
“Justeru, saya harap wanita itu hadam sendiri apabila lihat gambar saya dan suami. Sedarlah, awak tidak diperlukan pun,” jelas Nadya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, wanita ini juga berharap agar hal rumah tangganya menjadi iktibar terutama kepada pasangan yang berdepan ujian sama.
“Lihat dari sudut positif apa yang terjadi dalam rumah tangga saya. Mereka harus kuatkan diri dan bangkit mempertahankan hak mereka.
“Jangan pernah mengalah dan tunduk dengan cakap orang sebaliknya ikutlah kata hati sendiri. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini,” katanya lagi.
Awal bulan lalu, kecoh mengenai bahtera perkahwinan pasangan ini yang dikatakan goyah selepas Nadya mendakwa suaminya ada berlaku curang sejak Syawal lalu.
Bagaimanapun, mereka akhirnya menjelaskan keadaan dan cuba memperbaiki hubungan.
Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.
Foto: Instagram Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi rakaman lelaki Switzerland menyelar sikap rakyat Malaysia yang dikatakan pengotor dan suka membuang sampah di tepi jalan, Zul Yahya akui malu dengan kritikan yang dilemparkan.
Menurut lelaki ini, sungguh menyedikan apabila persekitaran dicemari dengan sampah sarap di tepi jalan.
Malah, jelasnya, ia tidak boleh diterima akal fikiran mengapa rakyat Malaysia dikatakan pengotor.
Pada masa sama, bekas pelakon ini turut menyarankan agar setiap rakyat Malaysia diberi kesempatan untuk tinggal di Switzerland selama empat minggu dan rasai sendiri bagaimana kehidupan di sana.
Malah jelasnya, tindakan saman yang berat akan dikenakan bagi mereka yang membuang sampah merata-rata.
“Pagi tadi ada sahabat share video ini pada saya… Ini antara sifat org kita sampai bila kita hendak begini adakah ianya akan menjadi pewaris kepada anak cucu kita.
“Org luar pun turut terasa apa yg kita buat.. Tak malu ke kita dgn sikap ambil mudah.. Ayuh!! bangkit dari tido jangan pentingkan diri sendiri.
“Allah swt nak kita berkasih syg jaga semua kehidupan dgn hati yg baik.. Sayangi yg dibumi pasti yg diLangit menyayangi mu,” tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.