Mengambil kemuliaan dan keberkatan Ramadan, Fasha Sanda mengambil pendekatan positif untuk bersedia bersedia memohon maaf kepada pelakon Nora Danish, bagi menjernihkan hubungan di antara mereka yang keruh sejak sekian lama.

Katanya kepada MH, ramai bertanya mengenai isu tersebut. Bagaimanapun, bintang versatil ini mengambil pendirian untuk tidak mengulas panjang.

“Ramai orang hubung hubungi untuk bertanya mengenai isu ini. Bukan tidak mahu respond, tetapi keadaan tidak mengizinkan memandangkan ia masih lagi dalam proses. Jadi kalau boleh saya tidak mahu komen banyak bimbang andai ia akan disalah ertikan,” akuinya ketika ditemui.

Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 34, memberitahu, penyelesaian terbaik tersebut dibuat demi anak kedua-dua belah pihak  yang semakin membesar, selain mengekalkan keharmonian keluarga.

IKLAN

“Ya saya mengakui, saya dan Nora Danish ke Pejabat Mediasi Mahkamah Shah Alam minggu lalu. Maaf, saya tidak mahu memberi komen panjang mengenai isu itu.

 

“Sebaliknya apa yang boleh saya katakan di sini, InsyaAllah tiada aral melintang bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini saya akan memohon maaf kepadanya di atas isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen tahun lalu yang telah didakwa mengguris hatinya. 

 

“Ia adalah demi kebaikan anak-anak dan keluarga kerana isu yang membabitkan kami ini sudah berlarutan terlalu lama. Justeru, jalan terbaik adalah berdamai dan hidup dalam harmoni,” dedahnya.

Pada masa sama, Fasha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminatnya dan Nora kerana tidak jemu mendoakan agar mereka berbaik, dengan bantuan peguam kedua-dua belah pihak.

Fasha menambah, langkah ini juga dibuat atas sebab kekeluargaan memandangkan anak sulung Nora Danish merupakan anak kandung kepada anak-anaknya.

IKLAN

“Jadi jalan terbaik adalah berdamai,”kongsi Fasha yang tidak mahu lagi untuk menuding jari siapakah yang salah dan sebaliknya. 

 

“Insya-Allah, saya akan mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara rasmi dalam masa terdekat, mungkin minggu depan,” akhiri Fasha yang turut menambah pada fasa sekarang dia semakin matang di dalam melakukan banyak perkara.

Bagi yang mengikuti apa yang pernah berlaku di antara kedua pelakon terbabit sebelum ini, perselisihan faham mereka terjadi sejak beberapa lama.

IKLAN

Kemuncaknya adalah apabila Fasha mendakwa dihalang penganjur menghadiri sebuah pertunjukan fesyen sempena Aidilfitri tahun lalu, yang kononnya dibuat atas arahan Nora Danish.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI