“Deme Tak Sepatutnya Letak…,” – Adibah Noor Minta Syarikat Perkakasan Rumah Turunkan Gambar, Kontrak Rupanya Tamat Pada…

Share

Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mendedahkan dirinya sudah tidak lagi menjadi duta kepada sebuah jenama pengendali perkakasan rumah terkenal tempatan.

Menurut Adibah, kontraknya itu sebenarnya telah pun berakhir sejak Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, jelas Adibah, syarikat berkenaan dikatakan masih lagi menggunakan gambar dan posternya di sesetengah premis mereka.

“Gais gais, nak mintak tolong, boleh?
Kalau ada lagi poster, standee i kat kedai barangan buat sendiri tu, boleh tak tangkapkan gambar dan lokasi dan tarikh?

“Deme tak sepatutnya letak gambor i lagi.
contract ended August 2019. Kalau ada, bagi tau ya. Terima kasih semua,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Oleh yang demikian, Adibah telah pun meminta bantuan orang ramai supaya melaporkan kepadanya sekiranya ada terlihat gambarnya di mana-mana premis syarikat berkenaan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sedia membantu Adibah bagi melaporkan mengenai perkara tersebut.

Sumber: Twitter Adibah Nioor

IKLAN