“Demam Masih Datang Dan Pergi,” – Jatuh Sakit, Emma Maembong Kini Kian Sembuh

Pelakon, Emma Maembong ada memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.

Mengejutkan, bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu telah jatuh sakit demam panas serta jangkitan kuman hingga terpaksaa dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun kongsi bintang berusia 27 tahun ini, kesihatannya kini beransur baik dan meluahkan rasa syukur kepada peminat yang tidak henti mendoakan kesihatannya.

“Hi guys ,just to update the fever still come and go but Alhamdulillah im feeling much better today thank u for all ur prayers n doa #emamaembong #emanizers @emanizers,” tulisnya.

IKLAN

Melihat ruangan komen entri berkenaan, rakan selebriti dan peminat mendoakan agar Emma kembali sihat seperti sedia kala.

IKLAN

Sekadar informasi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah dilahirkan pada 27 Mac 1992 di Kuala Terengganu.

Foto: Instagram Emma Maembong