“Bagi saya apa yang dilakukan ini adalah daripada ummah, kepada ummah balik. Kalaulah dapat RM10 juta keuntungan pun, saya hanya makan nasi sepinggan, tak makan selori. Akan tetapi, lori yang sama kita boleh kongsikan kepada ramai orang.”
Demikian objektif yang dikongsikan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (Madad), Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof apabila institusi berkenaan akan menjadi sebuah pusat komuniti Islam pertama bertaraf antarabangsa di negara ini.
Beroperasi di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah sedang membangunkan pusat komuniti di kawasan seluas tiga hektar sejak 2018 dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.
Lebih menarik, pihaknya juga memilih konsep mendekati golongan muda (gen-Z) demi memastikan golongan ini kekal melakukan aktiviti bermanfaat.
“InsyaAllah pembinaan stadium e-sports akan dimulakan pada Ogos depan. Ia bakal jadi lokasi golongan sasaran untuk datang ‘main games’. Kita buat tempat khas, tapi bila tiba waktu solat, kita sama-sama berjemaah.
“Kita tak boleh nafikan, kebanyakan anak-anak kita ramai yang ‘main games’. Tegur pun mungkin ada yang tetap main. Kalau kita tak mampu berlawan, mengapa tidak untuk kita ‘berkawan’. Kita raikan mereka dan pada masa sama mendidik,” katanya.
Ads
Selain itu, bagi kesesuaian semua peringkat masyarakat, pusat komuniti itu akan dilengkapi dengan sebuah pusat tahfiz integrasi, masjid berasaskan ilmu falak, kapsul hotel dan pengurusan jenazah.
“Apa yang lebih membanggakan, semuanya bakal dinikmati secara percuma. Konsep yang diketengahkan itu bersesuaian dengan misi penubuhan Madad untuk menjadi organisasi yang menyediakan pendidikan, dakwah, amal dan sistem automasi untuk ummah.
“Pusat komuniti itu akan dilengkapi dengan sebuah masjid berasaskan ilmu falak dan beroperasi 24 jam yang diinspirasi Masjid Nabawi di Madinah dan kapsul hotel dengan nilai RM6.3 juta.
“Turut dibina adalah pusat tahfiz integrasi dan pusat pengurusan jenazah, rumah warga emas, hub sukan sunah (memanah, berenang, berkuda) serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah.
Ads
“Pusat komuniti Islam itu mampu dijadikan satu kenyataan kerana buat masa sekarang, Madad mempunyai ekosistem sendiri untuk memperoleh pendapatan pada setiap bulan dalam tempoh jangka masa panjang. Jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di Madad adalah seramai 40 orang yang berusia antara 12 sehingga 14 tahun.
“Pada masa sama, kami mengusahakan pelbagai perniagaan seperti pelaburan saham dan kripto patuh syariah, percetakan buku digital dan beberapa perniagaan lain. Syukur kerana buat masa ini, Madad menjana pendapatan menerusi pelaburan saham dan kripto yang melebihi RM1 juta dan percetakan digital pula kira-kira RM100,000 sebulan.
“Selain itu, kami menjana pendapatan lain yang melibatkan jualan hasil pertanian dan penternakan yang meraih pendapatan yang boleh mencecah sehingga RM200,000 sebulan,” ujarnya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran ‘Ramadan Bersama Ekonomi Kita’ baru-baru ini.
Ads
Tambah Yaakub, ketika ini pihak Madad masih bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk membiayai kos pengajian pelajar terbabit.
“Buat masa sekarang Madad masih dalam fasa pembangunan, maka kita masih memerlukan bantuan dan Insya-Allah di masa hadapan, kita mempunyai impian untuk tidak buat apa-apa kutipan lagi,” katanya lagi.
Terdahulu, Madad dikenali sebagai Pusat Dakwah Darul Murtadha dan pusat komuniti Islam itu merupakan inspirasi abangnya, Allahyarham Ustaz Murtadha Mohd. Yusof yang meninggal dunia dalam kemalangan pada Januari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Jaa Suzuran berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya susulan tular berita melibatkan ahli keluarganya yang kini didakwa telah ditahan reman di Thailand akibat kes dadah.
Menurut Jaa atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Ahmad, dia amat menghargai setiap kata-kata positif tersebut yang membuatkan dirinya kini berasa lebih kuat walaupun menempuh pelbagai dugaan.
”Kepada semua yang memberikan kata-kata semangat kepada saya, saya betul-betul menghargainya.
“Ketika ini, saya sangat memerlukan perkara yang positif ini,” katanya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Autum In Wales itu menerusi sebuah hantaran di video di aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, Jaa juga memohon orang ramai untuk berhenti memerli dan memberikan kata-kata sinis di platform media sosial miliknya.
“Buat mereka yang berusaha lebih mencipta akaun palsu untuk perli-perli saya, saya harap kalau boleh, sampai di situ sahajalah.
“Sejujurnya, saya tidak berasa hati sangat,” kongsinya.
Katanya lagi, dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap bisnes minyak wangi yang sedang diusahakannya saat ini.
“Pada situasi sekarang, saya betul-betul nak fokus kepada perkara yang sedang saya lakukan iaitu meniaga.
“Kalau boleh, janganlah campur adukkan. Biarlah saya fokus dengan apa yang perlu saya buat,” ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan, enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, pada Jumaat.
Kesemua mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.
Tangkapan enam individu membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan itu turut menemui 6,000 biji pil kuda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Jaa Suzuran
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Ada orang tu plan nak buat surprise. Kononnya. 31 cupcakes. 31 delivery. Rumah pula condo. Lockdown ni, delivery semua kena pick up dekat bawah.
“Emmmmmm. Masa 1st punya delivery. Abe ambil. Tertanya juga siapa yang bagi. Sebab tak ada card atau clue. Cuma cupcake dan balloon. 2nd time, sama, 3rd time. sama.
“Dah 3 kali turun naik dalam jarak 3-4mins diantara semua delivery tu. Dapat call ke 4 dari rider, Abe cakap “cupcake & balloon ea? Awak ambil lah.”. Sama juga dengan call ke 5. Bila call ke 6, adik Abe yang offer untuk turun ambil,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Gantung itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Selepas menerima hampir kesemua hadiah tersebut, barulah Hafreez tersedar yang kejutan istimewa ini sebenarnya telah dirancang oleh rakan artis, Azar Azmi.
Dikesempatan itu juga, Hafreez meluahkan dia berasa sangat terharu dengan usaha yang telah ditunjukkan oleh Azar itu.
“Sampai lah yang 2nd last punya. Yang last punya Abe kena turun sendiri. Sebab rider cakap gift kali ni, tuan yang send semua gift tu minta Abe ambil sendiri. Special katanya. The rest kauorang tengok lah sendiri.
“I just wanna say thanks to orang yang buat surprise ni. I appreciate your effort. Tapi Abe lebih terharu dengan surprise kedua yang dalam video tu. Dia suruh ambil barang dekat belakang truck tu. sekali…. thanks!,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira melihat kejutan tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Hafreez dan Azar.
“Kak Azar dengan surprised birthday memang tak boleh dipisahkan.
“Perkara paling sweet I’ve ever seen. Semoga kekal till jannah. Amin. Happy birthday Adam.
“Happy birthday Hafreez Adam. Semoga panjang umur dan sihat selalu serta dimurahkan rezeki. Kami sayang awak,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Hafreez dan Azar bakal bergandingan menerusi drama siri terbaru yang berjudul Derita Untuk Bahagia.
Drama ini bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima mulai 7 Jun dan boleh distrim di platform On Demand dan aplikasi Astro Go.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak sulung kepada selebriti serba boleh Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah melahirkan perasaan kesal di atas komen keterlaluan yang ditulis seorang netizen mengkritik imej ibunya yang masih belum lagi memakai tudung.
Berkongsikan perkara itu dengan memuat naik satu paparan tangkap layar (screen shots) di Insta Story, Dhaniyah, 30, berkata dia tidak tahan dengan komen berbentuk negatif yang ditujukan buat ibunya.
“Allah sahaja tahu usaha seseorang untuk ke arah kebaikan, tak payahlah nak judge lebih-lebihkan.
“Dia (Didie) mencuba, saya tahu,” tulis Dhaniyah sebagai respon terhadap kenyataan netizen yang menginginkan ibunya turut menutup aurat seperti anak-anak perempuannya yang lain lengkap berhijab.
Dalam pada itu, Dhaniyah berkata disebabkan tidak tahan dengan komen yang disifatkan sangat ‘kurang ajar’ itu, dia tidak boleh menjadi public figure seperti ibunya serta Allahyarham bapanya, Ridzuan Hashim.
Untuk info, selain Dhaniyah, Didie mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan arwah Ridzuan iaitu Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini Ahza, 25, dan Nur Diyana, 24 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Anna Jobling kerana telah diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang...