“Dekat Kepala Tu Device Rawat Orang Mental Problem Kan?,” – Kritik Teaser Album Sitism, Pedasnya Respon TokTi!

Share

Setelah sekian lama menanti, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melancarkan album terbaharu berjudul Sitism.

Menurut Siti, album tersebut membawa tema merentas zaman yang menggabungkan muzik zaman dahulu, hari ini dan masa hadapan.

“Merentas zaman, tentang dahulu, hari ini dan masa hadapan, audio dan visual bergerak seiringan.

“Album Sitism tampil dengan imej dan visual cyber retro futurism. Dapatkan album terbaharu Dato’ Sri Siti Nurhaliza di seluruh platform digital pada 30 Jun 2023 ini,” tulisnya di Instagram.

Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkongsi ‘teaser’ album tersebut yang memaparkan dirinya mengenakan sepersalinan dan ‘headphone’ berperincian.

Bagaimanapun, perkongsian itu seolah-olah telah mengundang rasa kurang senang individu yang mendakwa tema tersebut tidak sesuai dengan imej Siti yang memenang gelaran sebagai artis ternama.

“Sitism katanya. Bila search dekat Google keluar autism. Imej dan visual cyber retro futurism. Kau dah level penyanyi yang ada nama. Bukan level kamu keluarkan album dengan imej dan visual macam ni.

“Siapa lahanat yang sarankan penyanyi bernombor keluar album dengan konsep macam ni?,” tulis akaun terbabit pada ruangan kapsyen.

Malah, individu sama turut mempersenda aksesori di kepala yang dikenakan Siti untuk album terbaharunya itu.

“Yang dekat kepala tu device untuk treatment orang mental problem kan?,” katanya lagi.

Lalu, Siti memberikan reaksinya menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram Stories.

“Cantik bahasa kakak-kakak ni. Kita bagi SKMM check kejap,” tulis Siti ringkas.

Terdahulu, Siti bakal melancarkan album terbaharunya itu semua platform penstriman pada 30 Jun depan.

Sumber dan Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza

IKLAN