Belum pun reda isu pelakon dan penyanyi popular, Amira Othman yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi, terbaharu muncul pula sebuah video yang memaparkan Amira lengkap dalam busana pengantin.

Nampaknya soalan paling popular, bila nak kahwin? yang sering dilemparkan kepada Amira kini semakin ‘panas’.

Bukan sekadar gurauan biasa, video yang dimuat naik pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena di Instagram seolah-olah memberi petunjuk bahawa sesuatu yang istimewa bakal berlaku.

Dalam rakaman berdurasi 50 saat itu, Amira tampil dengan senyuman cukup manis, wajah jelas berseri-seri, serta gerak tubuh penuh makna.

Tidak hairanlah ramai peminat terus membuat spekulasi, adakah Amira sedang menghitung hari menuju alam rumah tangga?

Menariknya, tanpa sebarang pengumuman rasmi pun, aura Amira dalam video itu cukup kuat untuk mencetuskan tanda tanya.

Malah, ruangan komen dihujani pelbagai reaksi bil aada yang teruja meneka tarikh, ada yang berseloroh mahu jadi perancang perkahwinan segera dan tidak kurang juga yang sekadar menunggu dengan penuh debaran.

Ads

“Dekat kad tu, A dan F. Amira dan Fattah.”

“Jangan pakai baju pengantin awal sangat Kak Long. Nanti hilang seringya.”

“Ini betul-betul ke tak ni? Happynya!!!”

“Cantikya baju kahwin Kak Long,” itu antara komen warganet.

Ads

Peminat Terus Berteka-Teki

Lebih menghangatkan suasana, ekspresi spontan Amira benar-benar memberi bayangan seolah-olah dirinya menyimpan satu rahsia besar.

Sama ada benar bakal melangkah ke pelamin atau sekadar gimik manja, Amira ternyata berjaya mencuri perhatian dan membuatkan peminat terus berteka-teki.

Ads

Apa pun jawapannya, satu perkara pasti adalah Amira kini menjadi nama yang paling dinanti untuk membuat pengumuman rasmi.

Jadi, adakah ini sekadar ‘teaser’, atau betul-betul petanda majlis akad nikah sudah dekat?

Difahamkan satu sesi siaran langsung di TikTok bakal diadakan antara pihak HijabistaHub dan Amira pada 29 Ogos ini.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 15,000 tanda suka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads