Difahamkan, jadual Pelakon cilik, Nik Adam Mika cukup padat sejak Ramadan lalu sehingga dia hanya sempat melakukan persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri pada saat-saat akhir.

Dek komitmen Kerja, Jadual Nik Adam Mika ‘Full’ Sampai Pagi Raya

Malah, di pagi raya juga dia turut terlibat dengan urusan kerja dan berkemungkinan hanya sempat pulang ke kampung halaman di Kelantan pada tengah hari.

IKLAN

“Raya tahun ini Adam punya persiapan raya ‘last minute’ sebab jadual Adam penuh sampai 10 Jun lalu. Lepas dah selesai semua kerja barulah sempat nak buat persiapan raya.

“Adam juga akan pulang ke kampung mungkin pada tengah hari kerana terlibat dalam sebuah sesi fotografi,” kata ibunya kepada Media Hiburan.

Nama Adam mula melonjak apabila dia membintangi drama Suamiku Paling Sweet di samping Syafiq Kyle dan Mawar Rashid.

Dalam pada itu, Adam turut berkongsi aktiviti-aktiviti raya yang sering dilakukannya menjelang musim perayaan.

IKLAN

“Adam suka makan sate sebab bila makan boleh rasa kulit, selain itu dapat duit raya dengan main bunga api.

“Duit raya adalah dapat tapi tak lah banyak sangat. Hehehe,”kongsinya.

Sementara itu, Adam kini terlibat dengan penggambaran Harta Karun Tok Ki serta bakal muncul dalam filem ‘Sangkar’ di samping pelakon, Remy Ishak, Mira Filzah dan Zul Ariffin.

IKLAN

Dek komitmen Kerja, Jadual Nik Adam Mika ‘Full’ Sampai Pagi Raya

“Adam suka berlakon dengan semua orang sebab rasa best sangat dapat jumpa orang baru dan berlakon dengan mereka,” akhirinya.

Foto: Instagram Nik Adam Mika

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI