“Deep Betul…,”- MV Terbaru Sufian Suhaimi Jadi Bualan Gara-Gara Babak Helikopter?

Share

Penyanyi Sufian Suhaimi nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air.

Mencipta nama dengan pelbagai lagu dan kisah cinta sebelum ini, Sufian kini muncul dengan single terbaru, Mencuba.

“#Mencuba is out now! Setelah setahun saya tak muncul dengan single baru, today is the day.

“Sebuah tulisan buat mereka yang mencuba dalam kehidupan, percintaan, kerjaya, atau dalam apa pun. If its meant to be, it will be. Stay strong, stay blessed. Life is beautiful,” tulisnya.

Menerusi muzik video (MV) Mencuba, terdapat babak dimana Sufian menaiki helikopter dengan seorang wanita.

Lantas perkara itu telah menarik perhatian ramai dan mula mengaitkan dengan kisah hidup yang pernah dilalui Sufian sebelum ini.

Namun, di akhir MV terbabit, wanita berkenaan digambarkan sudah mempunyai keluarga sendiri, manakala Sufian sudah berkahwin.

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap MV terbaru itu. Antaranya,

Sehingga kini MV itu telah mendapat lebih 300,000 tontonan selepas dimuat naik semalam.

Video/Foto: IG Sufian Suhaimi, Youtube

IKLAN