Setelah habis tempoh berpantang, adik kepada penghibur, Sit Sairah Tarudin ada berkongsi wajah anaknya buat tatapan peminat.
Sairah berbuat demikian menerusi salah satu entri menerusi Instagram.
Selain ramai yang memuji dan mendoakan kesihatan cahaya mata bongsunya itu, ada juga yang menyamakan wajah anak bayi tersebut dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.
Dua hari lalu, pelakon Tunku Hanis ada menitipkan sesuatu buat rakan artis, Fatiya Latiff. Katanya, sebagai sahabat susah senang bersama apa sahaja yang berlaku dia tetap ada di sisi.
Malah katanya lagi, kalau ada yang menegur ia adalah kerana sayang.
“Susah senang sama-sama! No matter what happen i got your back! Allah tengah duga kau supaya kau tau DIA sayangkan kau & ituje cara nak buat kau / kita ingat DIA. Mana mungkin DIA tak tau hati budi kau cuma perangai tu je sikit eh! TOLONG EH FATIYA! Haha!
“Tak apa, kita manusia kena selalu belajar yang tak boleh nak ditegur tu yang susah! Bila manusia tegur sebab sayang tetapi dihina dicaci diumpat digosip diperli ? tak apa! DIA akan datangkan teguran dari DIA! Macam aku, selalu tak dengar cakap orang sekali DIA nak tegur, DIA betullll tegurrr habisss! Hahaha!
“Semakin i dewasa semakin diri ini mengagumi setiap inci kerja tuhan & tiada yang benar melainkan yang benar iaitu hidup yang tiada ujian seumpama hidup tidak dipedulikkan tuhan! Orang yang sentiasa tenang & sabar dalam setiap dugaan dengan hati yang benar-benar bersih pasti menang! Bye,” kongsinya.
Pada masa sama, Tunku Hanis yang bakal muncul menerusi drama rantaian Leftanan Zana di esok jam 9.00 malam di TV3 turut memberitahu apa sahaja yang berlaku, pelakon sensasi berkenaan tetap merupakan sahabatnya.
“Korang hentam dia dengan puluhan batu pun @fatiyalatiff tetap sahabat saya! Dia pun nak potong pendek jugak! Hahaha! TAK KENA! Kau dengan grekkk kau perlu berpisah tiada eh! Lagi elok tutupje senang cerita!” akhirinya.
Foto: Instagram Tunku Hanis, Fatiya Ltiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Alff Syukri menerusi posting terkininya di Instagram menunaikan hasratnya untuk memberikan kejutan buat isteri, Datin Seri Nur Shahida dengan menghadiahkan ibu kepada empat cahaya mata itu beberapa utas beg tangan berjenama.
Sesi kejutan yang turut dirakam lalu dimuat naik di media sosial milik penyanyi Abang Nak Tegur itu mendapat reaksi pelbagai netizen.
Bagaimanapun, Aliff di atas kenyataaanya sudah memaklumkan apa yang dilakukan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
bukan niat bak menunjuk cuma sy nak hargai wife sy yg susah senang sama2.. dulu sy mampu belikan awak beg calarino atau guees jee itu pun rasa dah mahal sgt dan kena kumpul gaji sampai 3bulan itu pun masa tu awak ttp happy.
“dan sekrg saya dah mampu beg berapa ratus ribu pun yg awak nak… b nak syg yakin dan nmpak mewah mcm penpuan dalam drama tv3 tuu heheh.
“p/s sila tag suami korang mana tau dpt beg baru,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, ketika Aliff sedang sibuk memberitahu mengenai bingkisan hadiah terbabit, Shahida secara seloroh memberitahu dia lagi suka hadiah yang diberikan kalau tiada
Malah, Aliff awal-awal dalam rakaman tersebut turut memberitahu kalau tidak dilakukan video, nanti akan ada yang kata ia bukan beg asli.
Lebih menarik, Shahida sambil memangku anak angkatnya secara selamba memberitahu dia malas dengan drama Instagram dan lebih suka kalau ia tidak ada video Instagram.
Apapun, ramai juga peminat yang terharu melihat kesungguhan si suami dalam memberikan hadiah kejutan buat isteri tercinta.
Foro:Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...