Dedah Wajah Anak, Izara Aishah & Suami Beri Nama Irisa Alaia

Share

Suami kepada pelakon jelita Izara Aishah, Adib Khalid telah berkongsi foto anak pertama menerusi akaun Instagram miliknya.

Malah, Adib turut menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kelahiran anak pertamanya yang diberi nama Irisa Alaia.

“Sekarang kami bertiga…Alhamdulillah syukur, puteri kami, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib, telah dilahirkan pada 15 April, 2020, salah satu momen indah buat saya dan Izara.

“Terima kasih atas semua doa dan sokongan, kami sangat menghargai setiap ucapan dan berharap dapat bertemu dengan semua orang secepat mungkin. Disini kami kongsikan gambar keluarga kami kepada semua orang.

Di samping itu, Adib turut mendoakan agar cahaya mata yang dikurniakan menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dunia serta akhirat.

“Selamat datang ke dunia Alaia, hati saya teruja ketika saya mendengar tentang kamu, dan sekarang anda berada di sini bersama kami. Ibu dan saya sangat gembira dan menyayanyi kamu. Semoga menjadi anak yang diberkati dan mampu memberi kegembiraan kepada semua orang disekelilingmu, Semoga menjadi anak yang soleh,berjaya dalam kehidupan dan akhirat, Amin.,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri tersebut, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Sekadar informasi, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017.

Foto: Instagram Adib Khalid

IKLAN