‘Bila nak kahwin’ merupakan soalan paling lazim ditanyakan oleh ‘makcik bawang’ kepada anak-anak dara yang masih belum berkahwin.

Kadang-kadang mesti stress kan bila dengar? Tapi berbeza pula dengan penyanyi, Dayang Nurfaizah apabila dia mengatakan bahawa tidak gusar apabila membincangkan mengenai soal jodoh ini.

Menurutnya, dia kini fokus dengan kariernya dan masih belum bertemu dengan ‘pilihan hati’.

IKLAN

Dayang Tak Risau Umur Meningkat, Tak Kahwin Lagi

“Buat masa ini memang Dayang fokus dengan karier dan tidak ada pula ‘terjumpa’ dengan pilihan hati.

“Lagipun sebenarnya Dayang sendiri tak ingat umur dah berapa sebab dah berhenti kira masa umur 21 tahun dan fokus pada karier sahaja.

“Nak kata risau sangatlah tu tiada, tapi mungkin lepas ini berfikir jugalah kot,” katanya dalam nada bergurau.

Dayang berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sidang Media ‘Luncheon With The Stars- In Celebration of Secretaries Week 2018’ di Hotel Tenera, semalam.

IKLAN

Saat diasak wartawan mengenai kisah ‘cintanya’, Dayang mengakui bahawa belum pernah bercinta dan tiada ‘preference’ dalam memilih jejaka idaman.

Dayang Tak Risau Umur Meningkat, Tak Kahwin Lagi

IKLAN

“Dayang mula karier awal dan memang sentiasa fokus dalam karier jadi memang tak ada pengalaman dalam ‘cinta-cinta’ ini.

“Kalau jumpa orang dalam industri pun memang Dayang akan fokus hal kerja sahaja, tak ada nak ‘lain-lain, mungkin sebab itu kot tak jumpa lagi. hehehe…

“Dari segi ‘preference’ memang Dayang tak tetapkan apa-apa sebab tak nak nanti Dayang akan terlalu memandang ke ara itu sahaja. Jadi pilihan Dayang memang terbuka,”katanya lagi.

Selain itu, dalam nada bergurau, Dayang sempat meminta agar peminat mendoakan agar dia bertemu jodoh.

“Doakan agar Dayang bertemu jodoh, hehehe,” guraunya.

MH ‘respect’ dengan Dayang. Dia sangat ‘cool’ menjawab soalan yang pada orang lain mungkin agak sensitif. Apa-apapun, MH ucapkan selamat maju jaya buat Dayang!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI