Dayana Roza Ulas Icu Curang, Beri Nasihat; “Sebab Itu Isteri Kena Ada Duit Sendiri..”

Share

Sejak kebelakangan ini, isu curang melibatkan beberapa pasangan selebriti hangat menghiasi industri hiburan tempatan sehingga banyak pihak tampil memberikan pendapat mereka berhubung perkara tersebut.

Tidak terkecuali, pelakon Dayana Roza atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 32, menasihati kaum wanita untuk sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan sendiri sekiranya suami masing-masing sudah mula menunjukkan belang bermain kayu tiga.

Mengulas hal tersebut, Dayana berpendapat seseorang isteri tidak boleh berserah dan reda semata-mata dalam sesebuah perkahwinan sekiranya mengalami penderaan daripada segi mental dan langkah sebaiknya adalah untuk berundur diri.

“Sebab itu kalau boleh isteri kena ada duit sendiri.

“Zaman sekarang macam-macam peluang buat duit, dari rumah pun boleh.. so perempuan tak perlu la asyik kena reda sahaja dengan perkahwinan toksik,” tulisnya dalam Insta Story.

Dalam hantaran itu juga, Dayana turut mengulang siar keratan artikel berceritakan tentang kecurangan seorang pelakon baru-baru ini.

Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga berpendapat wanita yang berhadapan dengan konflik rumah tangga perlu mengutamakan diri mereka terdahulu agar tidak terus terseksa dalam perkahwinan yang tidak membahagiakan.

“Memang kasihan anak-anak tapi kena kasihan dulu dekat diri sendiri sebab kalau mental dah lemah macam mana nak jaga anak-anak.

“Kalau mental dah lemah macam mana nak jaga anak-anak. Kalau dah melampau sangat terpaksalah angkat kaki.

“Memang tiada orang nak kahwin (kemudian) cerai.. tapi kalau sampai terseksa diri pun tak boleh juga. Jangan biarkan mental anda kena abuse,” tulisnya lagi.

Untuk info, Dayana berkahwin dengan usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN