Selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti popular Thailand, Davika Hoorne, 33, dan Ter Chantavit, 41, akhirnya mengikat tali pertunangan.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Davika menerusi satu hantaran video ringkas di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Menerusi hantaran tersebut beliau memaparkan momen manis lamaran tersebut dan menulis kapsyen ringkas bertunang dan disertakan dengan emoji cincin berlian.
Video tersebut memaparkan pasangan berkenaan saling berhadapan dengan senyuman, manakala Davika kelihatan mempamerkan cincin pertunangan di jari manisnya.
Lamaran itu dilakukan dalam suasana ringkas namun bermakna, dengan Ter kelihatan kacak mengenakan kemeja putih manakala Davika tampil angun dalampersalinan gaun labuh renda.
Ads
Ads
Davika atau lebih dikenali sebagai Mai merupakan antara pelakon wanita paling menyerlah di Thailand. Antara siri popular yang pernah dibintanginya termasuk Dok Kaew (2011), Kularb Rai Kong Naai Taiwan (2014), Love Beyond Time (2017), My Ambulance (2019) dan Wanthong (2021).
Beliau turut mencuri tumpuan dalam siri Astrophile (2022), terbitan GMMTV, yang menggandingkannya bersama pelakon sensasi, Bright Vachirawit.
Ads
Sementara itu, Ter Chantavit juga bukan nama asing dalam industri hiburan Thailand. Pelakon lelaki itu sering tampil dalam filem-filem bergenre komedi dan dikenali menerusi lakonan bersahaja serta menghiburkan.
Antara karya terbaharunya ialah filem The Red Envelope di mana beliau memegang watak sebagai anggota polis, selain turut membintangi filem 404 Run Run.
Pertunangan pasangan ini menerima reaksi positif daripada peminat serta rakan artis yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Hidup ini keras, keras sangat sehingga saya tak sangka masih boleh hidup hari ini dengan izin Allah.” Itu luah pengasas minuman kesihatan Maamy Mineral Essence (MME), Hasmah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Maamy.
Perjalanan hidup Maamy tidak semudah yang disangka. Sebagai ibu tunggal kepada lima orang anak, beliau mengharungi pelbagai kesukaran sepanjang 16 tahun membina perniagaan sendiri.
Dikecam, difitnah dan dihina, semuanya menjadi asam garam kehidupannya selepas berpisah dengan suami.
“Kejayaan yang dikecapi dalam bisnes MME hari ini, tidak seindah yang orang lihat. Kesukaran hidup yang saya lalui hanya Allah yang tahu betapa peritnya rasa.
“Kejatuhan rumah tangga di saat saya bergantung sepenuhnya kepada bekas suami, buat saya terduduk dan hilang arah. Ditambah pula anak-anak masih kecil ketika itu.
“Anak-anaklah yang menyebabkan saya boleh berdiri sampai ke hari ini. Kalau bukan disebabkan anak, rasanya dah lama dah saya mati.
“Saya ni tak punya apa-apa. Saya tak ada kelulusan akademik, belajar sekolah pun tak ke mana apatah lagi harta. Cuma yang ada hanyalah semangat untuk membesarkan anak-anak.
“Sayalah ayah. Sayalah emak. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saya membesarkan anak-anak di saat saya tiada apa-apa,” katanya.
Sejak aktif membuat siaran langsung di media sosial, terutamanya TikTok, Maamy yang juga ibu mentua kepada penyampai radio dan selebriti, Fizie Roslan sering menerima soalan mengenai rahsia kejayaannya dan bagaimana dia mengharungi kehidupan yang mencabar.
“Apa sahaja kita buat mestilah dengan hati yang ikhlas. Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Mintalah apa sahaja dengan Allah.
“Apabila kita ‘jatuh meniarap’, Jangan kata masyarakat, adik beradik pun belum tentu ada untuk kita. Malah kita dihina apabila tiada apa-apa.
“Begitu juga dengan sahabat, mereka hilang ketika kita susah. Namun saya ada sahabat sejati yang sentiasa menyokong walau dalam apa keadaan sekali pun.
“Jadi, kita kena bangkit. Kalau dulu, saya pesan pada anak-anak, tak payah sekolah. Cukuplah sudah besar nanti jadi suri rumah sahaja.
“Pendirian itu berubah sama sekali selepas berpisah dengan bekas suami. Saya ingatkan anak-anak, ilmu sangat penting kerana itulah yang akan membantu kita apabila tiada apa-apa, di saat semua orang meninggalkan kita,” ujarnya lagi.
Selain memberi inspirasi kepada wanita lain untuk bangkit, Maamy turut berkongsi tentang kekuatan spiritual dan bagaimana hubungan dengan Allah menjadi tunjang utama dalam kehidupannya.
“Kepada wanita di luar sana, ingatlah Allah tak ubah nasib kita melainkan kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Jangan berada di takuk lama atau bersedih dalam tempoh panjang. Bangkitlah.
“Apa pun yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan dengan semangat yang kuat. Mungkin ia tidak mudah, tapi mohonlah, berdoalah agar kekuatan itu datang.
“Biarlah apa orang nak kata. Saya dulu tahan telinga sahaja apa orang cakap. Saya terus bekerja kuat. Ketika orang tidur saya masih lagi berjaga fikirkan bisnes,” katanya lagi.
MME ialah produk kesihatan yang dihasilkan daripada bahan semula jadi dari lautan Australia, kaya dengan zat galian (minerals) dan unsur surih yang tulen dan pekat.
Produk ini perlu diambil dengan air mineral dan memberi kesan menyegarkan tubuh, membantu tumpuan serta kelegaan fizikal.
“Khasiat atau kelebihan MME ini adalah anugerah Allah yang telah ditemui oleh saintis.
“Rupa-rupanya di dalam laut ni banyak khazanah Allah Ta’ala. 1001 satu macam khasiat. Cuma 92 daripada khasiat itu adalah untuk kesihatan manusia.
“Yang terbarunya, atas permintaan orang ramai, MME dikeluarkan dalam bentuk sachet. Ia sangat memudahkan pengguna untuk bawa ke mana sahaja.
“Alhamdulillah, selama 16 tahun khasiatnya terbukti. Apa yang membuatkan saya gembira apabila dapat membantu ramai orang sakit kembali sihat untuk menunaikan ibadah dengan lancar dan lebih selesa,” tambahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Aktres Bella Dowanna tampil membidas kenyataan pelakon Saidah Kamarudin yang mendakwa bekas tunangnya yang juga pelakon, Muntazar Ghufran tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh seterusnya menjadi punca mereka memutuskan pertunangan.
Menurut Bella, Muntazar telah banyak berkorban wang ringgit dan tenaga sepanjang menjalinkan hubungan bersama Saidah.
“Dah putus amboi bukan main. Dah tahu dia macam tu nak tunang juga kenapa sis? Dia jadi PA, balaci, kuli, videographer tak berbayar konten-konten awak, driver awak hari-hari tau kat set mana tak habis duit dia?,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Anak Tebing itu menerusi hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Bella turut meminta Saidah untuk meneruskan sahaja kehidupan dan tidak bercakap lagi kisah pertunangannya yang telah berakhir itu.
“Sudahlah diam je. Jangan nak bising sangat. Ingatlah, there’s always two sides of the story.
“Lepastu dalam account kau ada RM50,000 ke? Sama-sama je sangkak,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang dikatakan telah menggodam akaun media sosial miliknya.
Lantaran itu, Saidah telah pun membuat laporan polis disebabkan tindakan tersebut.
Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Dowanna, Muntazar Ghufran & Saidah Kamarudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berjaya menjiwai watak perempuan simpanan dan gadis kelab malam dalam drama Lambaian Huda terbitan Viu, pelakon Siti Hariesa berharap penonton dapat membezakan antara lakonan dan kehidupan peribadinya.
Menurut Hariesa, watak Suzy hanyalah sekadar tuntutan skrip dan bukan mencerminkan siapa dirinya yang sebenar.
“Saya harap orang tak samakan dan skeptikal mengenai watak saya itu. Saya hanya mainkan watak. Itu bukan diri atau kehidupan sebenar saya. Saya orang yang berbeza.
“Siti Hariesa ialah Siti Hariesa dan begitu juga dengan Suzy. Saya harap penonton dapat bezakan di antara watak dan diri sebenar saya,” katanya kepada MH.
Hariesa berkata demikian ketika sesi ramah mesra bersama peminat di The Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mengulas lanjut, pelakon ini mengakui dirinya sebenarnya kurang selesa dengan karakter tersebut namun tetap menerima cabaran sebagai pelakon profesional.
“Seperti kita tahu, watak Suzy ini merupakan pekerja kelab malam. Dia penyanyi dan seorang GRO.
“Sebenarnya, saya kurang selesa untuk bawakan watak ini namun, saya faham ini adalah tuntutan watak.
“Ini satu cabaran buat saya kerana watak ini bukan mudah terutamanya ketika babak saya harus melayan lelaki,” jelasnya.
Meskipun membawakan watak gadis yang sering dieksploitasi oleh lelaki kaya, Hariesa menegaskan bahawa kehidupan peribadinya jauh berbeza.
Katanya, dia tidak pernah menerima sebarang tawaran untuk menjadi ‘sugar baby’, dan masih mampu berdikari serta menanggung kehidupannya sendiri.
“Saya tak pernah terima tawaran untuk menjadi ‘sugar baby’. Saya ada duit sendiri dan tak perlukan mereka. Hidup saya baik-baik sahaja,” katanya tegas.
Tambah Hariesa, drama Lambaian Huda juga menyelitkan mesej yang kuat berkaitan perubahan diri dan keinsafan, termasuk buat golongan yang bekerja di kelab malam.
“Pada saya, jangan menilai orang dari luaran. Semua orang ada jalan masing-masing dan iman dalam diri.
“Semua orang boleh berubah dan menerima hidayah. Saya percaya itu,” kongsinya lagi.
Selain Siti Hariesa, Lambaian Huda turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Elvina Chua, Fauzi Nawawi, Yuna Rahim, dan Fendi Bakry.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...