Pelakon Chacha Maembong menafikan usahawan yang hanya dikenali sebagai Datuk Z sebagai teman istimewanya ketika ini.
Sebaliknya, pemilik nama lengkap Siti Aisyah Ismail, 24, ini menjelaskan, lelaki berusia awal 30-an itu tidak lebih sekadar rakan niaga yang banyak memberikan dorongan serta tunjuk ajar mengenai dunia perniagaan.
Malah, Datuk Z juga banyak membimbing dalam menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.
“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.
“Dia seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsikan minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta cari idea.
“Sementara dalam proses untuk melancarkan produk pertama ini juga, dia banyak tolong dalam segi pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran,” katanya.
Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Cacha sepanjang majlis selain turut mengenakan persalinan dalam rona sedondon.
Ads
Mahu mengejar impian menjadi ahli perniagaan berjaya yang boleh membantu keluarga selepas ini, Cacha pada masa sama tidak menolak Datuk Z banyak membawa perubahan positif kepada dirinya.
“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.
“Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.
“Saya mahukan kerjasama dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.
Ads
“Jadi lebih baik untuk kenalinya secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z dan ada ahli keluarga yang mengenalinya juga,” jelas Cacha.
Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.
“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.
“Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.
Ads
“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.
“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.
“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya optimis.
Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu.
CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah ‘v-shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
Penyanyi Siti Sarah menyifatkan kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen menjadi peringatan buat diri seterusnya cuba memperbaiki untuk jadi lebih baik.
Mengakui kata-kata yang diterima mulanya memedihkan, pelantun lagu Manis ini cuba menggunakan perkara terbabit sebagai pembakar semangat bergelar anak seni.
“Sebagai manusia, saya tak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan.
“Pada awalnya, kritikan netizen memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya. Saya mahu terus memperbaiki diri,” kata Sarah.
Menyambut hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah berazam mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling.
“Sempena hari jadi, saya berharap agar dikurniakan umur panjang, kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rezeki yang melimpah.
“Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan,” katanya lagi.
Terdahulu, Sarah dikejutkan oleh majlis sambutan hari lahir pada minggu lalu dan suaminya, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga puluhan ribu untuk isteri tercinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pengacara, Anim Ezati Rizki berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 9 Sebtember lalu.
Menurut Anim, dia amat berterima kasih kepada suaminya kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang proses kelahiran.
Pada masa sama, Anim dan suami juga telah pun sepakat menamakan anak sulung mereka, iaitu Yara Alanna Khalsom Mohd Fadli.
“Assalamualaikum dunia. Kenalkan anak sulung kami, Yara Alanna Khalsom Bt Mohd Fadli. Selamat melahirkan pada 9.9.2020 (4:45petang).
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan. To my husband @fadlisahudin , thank you sayang for taking care of me.
“Thank you sangat-sangat. Tolong i semua benda. Dan awak lah org paling happy sekali dapat tengok Yara. Love you b,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas pengacara program 999 itu turut dilihat menitipkan doa buat Yara sempena genap seminggu kelahiran.
“Seminggu Yara Alanna Khalsom lahir ke dunia. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
“Semoga anak ini diberikan kesihatan yang baik sentiasa, menjadi solehah, dengar cakap mommy daddy ya sayang.
“Okay nanti Yara share gambar Yara botak eh!,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah diatas kelahiran cahaya mata sulung itu.
Terdahulu, Anim telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada tanggal 28 Disember 2019.
Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fazreen Rafi ada memuat naik foto yang merakamkan dirinya kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan.
Turut dikongsikan pada lampiran sama menerusi Instagram ialah bahagian tangannya yang berlumuran darah.
Malah, pelakon itu turut dilihat sedang terbaring sebelum dirawat petugas kecemasan.
Menurut Fazreen di ruangan kapsyen, rasa sakit yang dialami mungkin asbab untuk Allah menghapuskan dosa-dosa kecilnya.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.