Siapa yang tidak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang merupakan seorang ahli usahawan wanita berjaya.

Baru-baru ini terdapat desas-desus mengatakan Vida sudah berkahwin secara senyap-senyap namun perkara itu dinafikan olehnya dan tidak benar sama sekali.

Vida mengakui terkejut dengan berita itu dan tidak tahu bagaimana cerita yang tidak benar itu boleh timbul sehingga menjadi tanda-tanya kepada semua.

Ads

“Tak ada lah mana ada kahwin, nak kahwin dengan siapa?

 

“Saya tak tahu macam mana orang boleh cakap saya dah kahwin sedangkan saya yang jiwa kacau ni pun tak ada siapa yang nak memujuk,” katanya kepada MH ketika ditemui malam semalam di majlis pertunjukan fesyen Primavalet.

Dalam pada itu, Vida berkata dia belum bersedia untuk memikirkan soal mencari teman hidup lagi buat masa ini kerana risau ada segelintir pihak yang berkata dia terhegeh-hegeh.

Ads

Walau bagaimanapun, Vida tidak menafikan ada yang cuba mendekati cuma sejauh mana niat mereka itu tidak dapat dipastikan olehnya.

“Walaupun umur saya macam ni tapi masih laku lagi cuma bila orang nak dekat dengan saya tu saya rasa takut sebab tak tahu dia dekat untuk duit atau populariti,” katanya lagi.

Sementara itu, Vida juga berkata anak perempuannya yang dikenali dengan nama Cik B buat masa ini tidak mahu melihat ibunya bersama mana-mana lelaki.

Ads

“Buat masa ni Cik B tak bagi mana-mana lelaki dekat dengan saya dan dia kata dengan saya, don’t you dare.

 

“Tapi kalau Cik B luluskan baru saya boleh terima,” katanya lagi.

Bercerita tentang perkembangannya pula, Vida memberitahu dia bakal mengeluarkan single keduanya menjelang Aidilfitri nanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI