Siapa tidak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang popular dengan tagline Terlajak Laris.

Pasti anda sudah sedia maklum yang Aliff merupakan seorang yang lantang bila bersuara untuk membidas segala kecaman netizen terhadapnya.

Semalam MH ada ternampak Aliff memuatnaik dua screenshot gambar komen negatif netizen tentang dirinya berhubung gaji pengawal peribadi .

Dalam masa yang sama, di ruang kapsyen pula Aliff telah meluahkan rasa marahnya kepada netizen yang sesuka hati mengata tentang dirinya.

“harap je nama lelaki tp mulut mcm betina! sesukaaa hati korang jee kan mulut yg mengata saya mcm longkag..kalau tak tahu kebenaran plzz jangan mengfitnah nanti jatuh berdosa.. esok bodyguard saya dtg sy mengadu dengan dia..,” tulisnya.

Nampaknya begitu marah Aliff dengan kutukan netizen terhadap dirinya. Rata-rata pengikut Aliff juga dilihat kurang setuju dengan kutukan yang dilemparkan kepada pengasas kosmetik itu.

mizl4503: Suka2 je ckp.mana tau gaji org tu berapa?korg xtau term contract die mcm mana.boleh jd gaji basic je,tp elaun,kemudahan or ot belum kire.atau maybe hanya utk tempoh percubaan je,lps dah confirm baru akan dinaikkan gaji..yela klau awal2 terus bg 5k lps tu die lari xjd keje kan payah tu sbb tu ada tempoh percubaan ke apa mybe..korg xtau term die mcm.mana main sembur je..

nurul_hidayah_mat_zain: Mungkin gaji basic..mna thu ada elaun itu ini..mkn..pkaian..tmpt tinggal..kita xthu n xnmpk semua tu..Dato @aliffsyukriterlajaklaris biarkan jelah dato..mulut manusia mmg susah nak tutup..sb tu bila di akhirat yg disoal hanya semua anggota tubuh badan..KECUALI MULUT..bertabahlah dato?

getfreakybabytonight: Nilai RM1000 sbnarnya mmg da xrelevent Zaman sekarang. Nak bagi anak bini makan mmg xcukuplah.. xsampai seminggu habis gaji byr komitment.. tapi masalahnya skg Kita xtau crita sebenar.. so jgn judge!

Biasalah memang ada segelintir manusia yang mudah sangat untuk menilai sesuatu dari luaran tanpa mengetahui situasi sebenar. Sabar je la ya Datuk Aliff, mulut orang memang susah untuk kita tutup.

Sumber: Instagram Aliff Syukri