Uncategorized

Datin Seri Heliza Helmi Tunai Haji; Kami Sekeluarga Mohon Ampun & Maaf Sekiranya…”

Share

Penyanyi Datin Seri Nur Heliza Helmi memaklumkan dia sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Heliza berkongsi khabar berita itu bersama lampiran foto sebelum berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Di dalam titipannya, Heliza sekeluarga memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan yang pernah dilakukan.

Selain itu, penyanyi berusia 36 tahun ini juga memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.,

“Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik. Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalakalah.

“Aku memenuhi panggilanMu ya Allah, aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu.

“Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.

“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian dan apa apa sahaja, mohon ampun dan maaf.

“Doakan kami semua. Doakan agar semua jemaah mendapat Haji Mabrur Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Aamiin,” tulisnya.

Imbas kembali, Heliza begelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada tanggal 1 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Heliza Helmi

IKLAN