“Datanglah Bidadari Cantik Mana Pun, Tak Boleh Lawan Senyuman Ini,” –  Issey Kongsi Foto Terakhir Ibu, 3 Minggu Sebelum Dijemput Illahi

Share

 

Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham masih belum dapat menahan perasaan sedihnya apabila ibu tercinta, Asiah Haron pergi menhadap Ilahi pada Selasa akibat serangan jantung.

Malah, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin turut meluahkan rasa rindunya apabila menatap serta berkongsi foto arwah di Instagram.

“Senyuman ni lah buat aku semangat setiap kali jumpa. Gambar ni 3 minggu sebelum Ma meninggal.

“Datanglah bidadari cantik macam mana pun, tak boleh lawan senyuman ni. Kita jumpa di syurga Ma,” tulis Issey sebak.

Dalam pada itu, Issey juga teringat-ingat akan objek yang sering digunakan arwah iaitu katil dan kerusi.

“Rindu yang tiada noktah. Jujur aku cakap, aku tak boleh tidur dekat rumah Kota Bharu lagi. Masuk jer rumah tu mesti ingat Ma.

“Tambah tambah bila tengok katil Ma dan tengok kerusi yang dia selalu duduk. Kalau buleh mintak, aku nak mintak seminit jah masa untuk kecek dengan Ma,” kongsi Issey sambil disertakan gambar halaman rumah. 

Sementara itu, rakan selebriti telah memberikan kata-kata semangat buat Issey dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Terdahulu, arwah, 62 tahun selamat dikebumikan di Batu 11, Kerteh, Kelantan selepas selesai Isyak.

Foto : Instagram Issey

IKLAN