Kelibat penyanyi legenda dan pelakon, Datuk Awie yang hadir mengenakan tongkat pada majlis makan malam bagi meraikan kejayaan filem Hantu Kak Limah 3, di Berjaya Time Square Hotel, Kuala Lumpur beberapa hari lalu akhirnya terjawa apabila penyanyi lagu Tragedi Oktober ini mengakui, dia sedang menerima rawatan berkala akibat asid urik berlebihan pada bahagian kakinya.

Katanya kepada MH, situasi kesihatannya kian serius sejak tiga hari lalu, hingga memaksa untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti selain berehat di rumah. Bagaimanapun, ia bertambah baik apabila rawatan berterusan dilakukan.

“Doktor memberitahu asid urik tinggi walaupun saya tidak menjamah makanan berlemak atau makanan laut pun. Dua hari jugalah saya terlantar, tak boleh berjalan, tak apala janji kita okey. Kita usaha sahaja.

 

“Mujurlah sakit ni datang bukan pada waktu kerja. Kalau tidak parah juga,” tambahnya kepada MH.

Pada masa sama, Awie secara serius tidak menolak andai masalah kesihatan yang dialaminya sedikit sebanyak ada kaitan dengan beberapa gangguan mistik yang dialaminya. Turut menerima nasib serupa ialah isterinya yang turut menjadi mangsa gangguan.

IKLAN

Apa yang dilakukan Awie sekeluarga pada masa ini ialah berdoa kepadaNya agar segala gangguan yang diterima akan beransur hilang.

“Kadang-kadang kita ni mausia leka. Bila leka, benda tu senang sampai. Kalau kita selalu ingat Dia, dengan melakukan Zikir, sekurang-kurangnya ia berkurangan. Sudah berbelas tahum nak masuk 13 tahun. Saya sudah biasa sangat. 

 

“Malah, malam tadi pun kena. Isteri saya menjerit tiba-tiba dan saya pun kena,” kongsi Awie yang tidak mempunyai kepastian konkrit apakah yang mengganggunya dan isteri.

 

“Gangguan atau apa, saya pun tak tahu nak cakap. Macam ganggu datang nak cekik. Kalau saya cerita orang ketawa sebab tak pernah mereka rasa. Siapa yang pernah alami pasti akan tahu. Saya kena siang dan malam. Apa pun, saya cuba lawan saja,” ujarnya.

Mengulas mengenai gangguan mistik yang dialami lebih sedekad lalu, Awie turut memberitahu apabila hal itu terjadi, isterinya turut alami ketakutan dan dia berdoa agar anak-anak turut tidak terlibat sama, menjadi mangsa gangguan mistik.

IKLAN

“On and off sejak 13 tahun. Kalau kita beringat pada Dia, benda tu akan kurang sikit. Isteri saya pun takut. Nak keluar rumah pun risau. Dia nampak benda tu. Ada makhluk yang bertenggek depan dia. 

 

“Buat masa ini, alhamdulillah anak-anak tidak alami dan saya berdoa biarlah saya sahaja yang kena. Tapi isteri pun sudah terbabit sama, kesian dia. Apa pun, kita kena usaha supaya ia tidak datang lagi,” akui Awie yang tidak mempunyai kepastian mengapakah hal tersebut terus terjadi.

 

“Makin zaman moden, makin kuno pemikiran sesetengah orang. Makin hilang keimanan. Saya pun tak tahu yang berlaku ni santau, gangguan atau apa…,” akhiri Awie. 

Dalam perkembangan lain,  Awie bakal terlibat dengan Baik Punya Konsert 4D di Singapura Oktober depan.

IKLAN

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI