“Dari Tepi Macam Fazura,” – Komen Netizen Tatap Wajah Solekan ‘Acak-Acak’ Tya Ariffin Di Sambutan Hari Jadinya

Share

Tampil dalam solekan minimalis, pelakon asal seberang Tya Arifin yang hadir ke majlis ulang tahun kelahirannya baru-baru ini menjadi bualan netizen.

Bukan hanya ramai yang memuji penampilannya yang serba sederhana tetapi kekal menawan pada sambutan hari jadinya itu, ada juga netizen yang mulai membandingkan figura wajahnya dengan aktres, Fazura.

Kata mereka, sekali imbas sudut gambar yang diambil persis pelakon cantik berkenaan.


Beberapa foto yang dimuat naik ibu kepada Arif Jiwa Asyraf menerusi akaun Instagramnya.

“Mekap plus hairdo acak-acak by me,” tulisnya ringkas.

Tapi memang nampak sekali imbas macam Fazura kan? Ke tidak?

Foto: Instagram Tya Ariffin

 

IKLAN