Penyanyi Shahir Zawawi belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai majlis pertunangannya bersama wanita pilihan dari Tawau, Sabah yang berlangsung pada Sabtu.
Shahir bagaimanapun mengakui, majlis ringkas itu dilakukan di kediaman keluarga wanita itu di Tawau dan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Majlis berlangsung selepas Zuhur. Dari pihak keluarga saya, ada enam orang yang hadir.
Ads
“Mengenai nama dan siapa orangnya, nanti saya akan kongsikan bila saya dah bersedia. Buat masa sekarang, biarlah rahsia,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Penyanyi lagu Dia Yang Kau Pilih juga tidak mahu mengikat tali pertunangan yang terlalu lama.
Ads
“Majlis pertunangan ini adalah untuk mengikut adat sebab masing-masing nak merasa pengalaman bertunang.
Ads
“Apa yang boleh saya kongsikan, kami tak rancang untuk menunggu lama dan kalau ada rezeki, kami akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sangka, daripada seorang penganggur selepas diberhentikan kerja dalam sektor penerbangan akibat pandemik, kini nama Ryan Fahmi Bakery terus pantas mencipta populariti di media sosial TikTok.
Ryan, 28, popular menerusi konten video yang bercerita mengenai nostalgia zaman kanak-kanak termasuk di alam persekolahan.
Terbaharu, dia dilantik sebagai ikon kedai minuman popular milik usahawan selebriti, Shuib Sepahtu selain dijemput menjadi tetamu untuk program hiburan MeleTOP yang bersiaran Selasa lalu.
Tidak menyangka kandungan lawaknya diterima baik, Ryan menzahirkan rasa syukur di atas sokongan diterima daripada netizen yang terhibur melihat video-video nostalgia yang dihasilkannya.
“Sejujurnya saya terharu sangat-sangat. Ramai tag story masa saya di MeleTOP.
“Saya tak mampu nak repost satu persatu story awak semua… saya hargai sangat-sangat.
“Awak semua baik sangat dengan saya.
“Saya balik je kampung, kita sambung konten nostalgia,” tulis Ryan yang menetap bersama keluarga di Manjung, Perak.
Menerusi program tersebut, Ryan berkongsi pelbagai cerita mengenai diri serta kandungan lawaknya.
Beberapa hari lalu, sesi live Ryan di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila mendapat hadiah luar biasa daripada seorang pengguna pemurah dikenali Sultan Pemurah.
Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraan bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu.
Ryan berkata wang daripada hadiah tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ryan Bakery
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah tidak lagi bergelar penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni kini mengorak langkah baru dengan menjadi pengacara untuk program bual bicaraMalaysia Hari Ini (MHI), TV3.
Haziq memaklumkan hal tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“New journey. 1 daripada 4. This is 1/4. My new family @mhi_tv3. MHI di MHI.
“Muhammad Haziq Irfan di Malaysia Hari Ini. Mmg lahir2 dah tahu buat MHI ek #mhitv3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada pengacara berusia 31 tahun itu.
Pada masa sama, peminat berharap semoga Haziq terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Wah tahniah,” tulis seorang netizen.
“Tahniah abg haziq, tak sabar nak tengok,” titip peminat.
“Wah congrats ziq, Semoga terus sukses,” tulis lagi netizen yang lain.
Sekadar informasi, Haziq telah tamat berkhidmat secara rasmi sebagai penyampai radio Hot FM, pada 10 Jun lalu selepas hampir 9 tahun bersama stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas terpalit insiden ‘terkucil’ ketika menyertai salah sebuah program realiti nyanyian tempatan, penyanyi meningkat naik, Nuha Bahrin tidak menoleh ke belakang.
Sebaliknya dia terus mengorak langkah menerusi single terbaru berjudul Casablanca hasil kolaborasi bersama penyanyi, Naufal Azrin yang kini tular di platform TikTok.
Menurut Nuha, dia teruja apabila dapat berkerjasama dengan pencipta lagu terkenal, Daqmie dan penulis lirik daripada Syiria, Abdul Karim Al Ali.
“Proses rakaman lagu alhamdulillah saya dan Naufal sangat faham antara satu sama lain. Jadi semuanya berjalan lancar. Pada saya proses penghasilan lagu ini sangat cepat dan saya rasa sebab pasukan ini sangat membantu.
“Semua orang saling tolong menolong, sokong satu sama lain dan berkongsi idea untuk menjadikan lagu ini lebih baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya harap semua orang boleh hargai usaha yang kami berikan untuk lagu ini,” katanya.
Lagu ini juga dikatakan memiliki keunikan tersendiri apabila turut diselitkan elemen timur tengah.
Tambah Nuha, dia mendapat bantuan daripada Abdul Karim bagi memperbetul sebutannya agar tidak daripada maksud asal.
“Bagi proses penulisan lagu, alhamdulillah kami ada pasukan yang baik, komposer juga bagus iaitu Daqmi dan Wan Salleh.
“Kami juga dapat bantuan daripada kawan kami dari Syria iaitu Abang Karim dan dia banyak tolong kami dalam memperbetulkan cara sebutan, terutamanya sebutan arab sebab ia perlu teliti.
“Kalau salah sikit sahaja terus salah maknanya. Kami belajar banyak daripada dia,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nuha turut menjelaskan lagu ini sebenarnya sesuai ditujukan buat pasangan yang sedang baru dan hangat bercinta.
“Pada saya tujuan utama lagu ini adalah untuk pasangan yang suka buat kandungan di TikTok jadi ia boleh dikaitkan dengan lirik lagu ini. Lagu ini mengisahkan dua orang yang sedang bercinta, macam baru mempunyai perasaan antara satu sama lain.
“Ia seperti percintaan sewaktu muda dan sangat teruja dengan cinta pertama mereka. Ia juga macam nak beritahu perasaan sebenar kepada pasangan mereka atau ‘crush’,” katanya lagi.
Terdahulu, lagu Casablanca kini sudah tersdia diseluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton disaluran Youtube Mashyur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.