Pelantikan penyanyi popular, Nabila Razali sebagai Jurucakap Acara BMC Family 360° bakal menjadi sorotan utama apabila pesta dan karnival keluarga bertemakan “A Step to the Future” itu berlangsung di BMC Mall, Bandar Mahkota Cheras, Kajang bermula 19 hingga 21 September 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Acara berskala besar yang julung kali diadakan ini adalah anjuran AI Global dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), BMC Mall, iBidan dan CelcomDigi.

Berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG), penganjuran ini menyasarkan untuk memperkukuh nilai kekeluargaan, membina komuniti mampan serta menggalakkan gaya hidup pintar melalui pelbagai aktiviti interaktif, pameran, pertunjukan dan hiburan yang disediakan untuk semua peringkat umur.

“BMC Family 360° bukan sekadar sebuah pesta & karnival, tetapi sebuah platform komuniti untuk keluarga melangkah ke masa depan dengan lebih sejahtera dan berdaya tahan.

“Kami percaya bahawa kekuatan keluarga adalah asas kepada masyarakat yang makmur dan harmoni,” kata Prof. Dr. Ng Kheng Lun selalu CEO Ai Global.

Dari Pentas Hiburan Ke Platform Komuniti, Nabila Razali Teruja Jadi Wajah Inspirasi Keluarga & Generasi Muda! Dari Pentas Hiburan Ke Platform Komuniti, Nabila Razali Teruja Jadi Wajah Inspirasi Keluarga & Generasi Muda!

Nabila Razali Teruja

Dalam pada itu, pihak penganjur dengan bangganya mengumumkan pelantikan Nabila Razali sebagai jurucakap rasmi acara ini.

Ads

Sebagai ikon generasi muda yang berpengaruh, pemilihannya mencerminkan nilai yang dibawa oleh BMC Family 360° iaitu kekeluargaan dan aspirasi anak muda.

Nabila mengakui dirinya cukup teruja apabila berpeluang menjadi sebahagian daripada acara ini, apatah lagi ia merupakan sebuah platform meraikan peranan keluarga dalam membentuk masa depan yang lebih baik.

Penyanyi lagu Pematah Hati ini bakal terlibat secara langsung dalam beberapa segmen utama termasuk sesi bertemu peminat (meet & greet), persembahan khas serta kempen promosi menjelang acara utama pada September ini.

“Sebagai seorang ibu, isteri dan seorang wanita kerjaya, UN SDG telah menyediakan satu pelan tindakan bagi saya dan keluarga untuk membina dan membangun satu keluarga yang mampan, aman dan makmur, biarpun sekarang mahupun masa depan.

Ads

“Melalui SDG, barulah saya sedar kemampanan bukan hanya terhad kepada alam sekitar tetapi ada banyak aspek yang lain termasuk sosial dan ekonomi,” katanya.

Aktiviti & Harapan

Sepanjang tiga hari penganjuran, BMC Family 360° menjanjikan pelbagai pengisian menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antara yang menanti para pengunjung termasuk pameran dan showcase oleh agensi kerajaan, swasta serta NGO yang diselaraskan dengan 17 UN SDG, pertandingan esports, ruang permainan interaktif untuk generasi muda, pertunjukan kebudayaan, mini zoo, serta pameran inovasi melibatkan pendidikan, teknologi, kesihatan, makanan dan gaya hidup lestari.

Persembahan khas daripada Nabila Razali sendiri dijangka menjadi antara tarikan utama.

Ads

Acara ini dijangka mampu menarik lebih daripada 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran dengan tumpuan daripada komuniti sekitar Kajang, Cheras serta kawasan Lembah Klang.

Prof. Ng turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini.

Tambahnya lagi, “Tema BMC Family 360° pada tahun ini adalah ‘Selangkah ke Masa Depan’.

“Ini adalah langkah pertama, langkah yang kecil tetapi juga langkah yang sangat penting.

“Selalunya langkah yang pertama adalah susah dan mencabar tetapi ia juga langkah yang sangat diperlukan,” katanya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads