Dari Pegawai Penjara Ke Dunia Lakonan – “Jujurnya Kerjaya Penjawat Awam Demi Memenuhi Kehendak Orang Tua,” – Amirul Asyhwad

Share

Pelakon baru, Amirul Asyhwad mendedahkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai penjara dan khidmatnya telah pun tamat hujung 2020 lalu.

Kini, Amirul atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Asywad Ahmad Nizan, 25, memilih untuk terus fokus dalam dunia lakonan memandangkan profesion sebelumnya ini adalah sebagai memenuhi permintaan kedua orang tua.

“Jujurnya, kerjaya sebagai penjawat awam dijawat demi memenuhi kehendak orang tua saya.

“Tetapi selepas beberapa tahun berkhidmat, tiada keikhlasan dalam hati saya untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan.

“Akhirnya, saya membuat keputusan meletakkan jawatan, lantas mengejar impian menjadi pelakon,” katanya.

Kemunculannya menerusi drama Budak Tebing 2 yang bersiaran di TV3 baru-baru ini turut menjadi pemangkin buatnya untuk terus mengejar cita-cita.

Meski ia hanya watak sampingan, namun perkara tersebut setidak-tidaknya memberi impak selain tidak mahu melepaskan peluang yang ada.

“Ketika ditawarkan peluang ini, saya terus bersetuju menerimanya. Sebaik membaca skrip, rupanya peranan saya berhubung rapat dengan watak hero,” katanya lagi.

Amirul kini bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG Talent di bawah seliaan penerbit terkenal, David Teo.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Amirul Asyhwad

IKLAN