Penampilan terbaru anak penyanyi, Tomok menjadi perhatian ramai semalam sejak semalam lagi.
Mana tidaknya, Arrianshah Akid kini tampil dengan gaya potongan rambut yang pendek dan tampak kemas.
Gambar terbaru kanak-kanak berusia enam tahun itu telah dikongsikan isteri Tomok, Rahayu Abbas di akaun Instagramnya.
“Semalam dalam sejarah….
Ads
Agak sukar melepaskan…tapi itulah yang harus di hadapi…he’s grown up already…cepat betul masa berlalu…rasa mcm baru semalam bersalinkan Arrian…rasa mcm baru semalam dengar dia nyanyi happy birthday for the first time…rasa mcm semalam dia tantrum….from long curly hair to mushroom hair to k-pop hair ….bukan apa dibu kan peminat cerita korea since mengandung arrian..so style anak pun ala2 kpop la..hahahaha,” tulis Ayu.
Dalam pada itu, Ayu turut mendoakan Arrian semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya.
Ads
“Semoga Arrian menjadi anak yang lebih matang…lebih bertuah…lebih sihat…lebih bijak…lebih soleh…lebih berdikari dan lebih dalam segala-galanya….belajar rajin-rajin nak…dibu doakan arrian& andra sentiasa di perluaskan pintu rezeki, dilapangkan dada untuk menimba ilmu dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat…AMIN,” tulisnya
Susulan itu, netizen telah memuji kecomelan dan penampilan terbaru Arrian.
Ads
Wah! Tinggal beberapa hari sahaja lagi Arrian akan melangkah ke sekolah rendah. Semoga Arrian menjadi anak yang berjaya ya!
Foto : Instagram Ayu Abas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan itu, kelihatan netizen memohon agar Mia bersabar.
Mia bagaimanapun tidak memberi butiran jelas terhadap status yang dimuat naik
Sebelum ini, perkahwinan Mia dan suaminya yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan dikatakan bergolak apabila suaminya dikatakan ada berlaku curang.
Bagaimanapun, bintang sukan itu menafikan dakwaan tersebut.
Selepes konflik berlaku, pasangan ini dilihat pergi bercuti ke Tokyo bersama anak mereka, Sayf Issa yang dilahirkan pada 28 September lalu.
Apa-apapun, MH doakan bahawa jodoh mereka masih lagi berpanjangan!
Foto/Instagram: Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan instafamous, Jaa Suzuran terpaksa bersaing bersama sembilan lagi instafamous luar dari pelbagai dalam pertandingan The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City, Kuala Lumpur.
Jaa yang mempunyai 1.2 juta pengikut di instagram sebenarnya fobia kepada air dan tempat tinggi.
Bagaimanapun, dia sanggup mencabar dirinya demi mengharumkan nama negara.
Selain Jaa Suzuran mewakili Malaysia, instafamous lain yang terlibat sebagai peserta adalah Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura).
Sementara Ironbull pula mewakili Taiwan, SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghaleb (Mesir).
Antara aktiviti mencabar yang akan dilalui mereka lain adalah cabaran gelongsor air terbesar dunia di Sunway Lagoon iaitu Vuvuzela dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid.
Kata Jaa, dia akan cuba melawan rasa fobia dan cuba memberikan yang terbaik.
“Sebagai satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia, saya akan lalui cabaran tersebut sebaik mungkin demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Walaupun saya fobia kepada air dan tempat tinggi, saya sanggup mencabar diri kerana mahu melakukan yang terbaik buat Malaysia.
“Bagi saya, setiap orang khususnya selebriti mempunyai cara tersendiri dalam mempromosikan negara kita. Ini peluang saya bawa nama Malaysia ke peringkat Asia,” kongsinya penuh semangat.
Pada masa sama, cabaran The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City ini juga antara cara adalah bagi menarik pelancong luar datang ke Malaysia.
“Saya akui para peserta lain hebat belaka. Selain mempunyai pengaruh tersendiri mereka juga kreatif dalam apa jua yang dilakukan.
“Soal kalah atau menang, itu normal cuma siapa yang tidak mahu menangkan? Apapun, saya cuba lakukan yang terbaik, insyaAllah,” kongsi Jaa.
Yang pasti, individu popular menerusi media sosial yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruhan ini akan bertanding dalam aktiviti di sekitar Sunway City bagi memenangi mata Sunway Pals bernilai RM25,000 serta sebuah telefon Samsung Galaxy Note 9.
Peminat juga boleh mengikutinya menerusi empat episod web yang akan ditayangkan pada Februari 2019.
Program ini akan ditayangkan di laman Web rasmi SAYS.com, IDN Times, ET today, Line.tv, LUVE, serta platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia.
Dalam perkembangan lain, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, akan muncul dalam filem Autumn In Wales di samping Eyka Farhana. All the best!
Pelakon, Datin Anne Ngasri yang telah melahirkan anak kelimanya pada 28 November lalu mengakui sudah hampir sebulan dia melakukan rutin urut, sauna dan bertangas dalam tempoh berpantang.
Hasilnya, dia kini sudah pun berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram.
Perkembangan itu dikongsi bintang ini menerusi Instagram menerusi posting terkininya.
“Alhamdulillah syukur hampir tamat dah saya berpantang. Sebulan juga saya berurut, bersauna dan bertangas dengan makcik saya @bidan.anum.vouge ….terima kasih kerana berjaya buatkan saya hilang 10kg…,” tulisnya menerusi foto yang turut diabadikan bersama anak bongsu.
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
“Syukur Alhamdulilah selesai dah sesi shooting Nefa Naura. Thanks so much buat adik2 @tinywinyphotography yg sgt pakar mengambil gambar dan menguruskan baby Nefa Naura. Kenangan terindah buat saya dan Naura…dan this was my 1st time setelah beranak 5,” tulis Anne.
Terdahulu, Anne melahirkan anaknya itu beberapa hari lebih awal daripada jangkaan.
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...