Setiap pasangan yang mahu berkahwin pasti mengimpikan sebuah pelamin yang indah untuk menjadi tempat persandingan mereka.

Chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob menerusi perkongsiannya di Instagram telah berkongsi cerita perkahwinannya dah isteri tercinta yang terpaksa melalui pelbagai halangan perit sehingga mereka sukar untuk mengingati saat persandingan mereka.

Strange as it may seem, saya dan azrene dont really remember saat ketika kami bersanding 13 tahun yang lalu. Yang kami ingat ialah, arwah Bapak saya dan Ibu saya siapkan baju bersanding ala Minangkabau yang dibeli khusus di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. Semuanya kerana susur jalur keluarga kami berasal dari sana . Mungkin kami tak ingat kerana terlalu banyak kisah pilu, tekanan, ketakutan dan halangan demi halangan untuk kami bersanding. Dari hari pernikahan sehinggalah hari persandingan kami, penuh dengan titisan air mata keperitan dan kepedihan di sebalik usaha kami untuk membina masjid berlandaskan cinta sejati. . Kisah dan paparan persandingan kami dihalang bulat2, para media langsung tak di benarkan menulis tentang pernikahan dan persandingan kami. Jika ada yang menulis, mereka di buang kerja atau dipindahkan jabatan. Kesian rakan2 media… . Oh well, itu kisah lama kami.. saya berseloroh dengan adik sayang saya, saya tanya dia “Adik, jom kita bersanding semula nak? Supaya kali ni kita bebas bersanding dan bolehlah jemput semula semua orang yang tak dapat hadir satu ketika dahulu. Tak ada lagi tetamu2 kita yang ditoreh kereta kerana menghadiri majlis kita, tidak ada lagi rakan2 media yang takut untuk hadir ke majlis kita..” . Azrene menjawab tersipu malu, “ Ala Abang sayang, seganlah adik.. kita dah tua tau!” @azrene_ahmad . Hahaha saya rasa ok je.. korang rasa ok tak kalau kami bersanding sekali lagi? ? #Berangan #TeringinNakBersandingSemula #TapiMasihDenganIsteriYangSamaOk

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

IKLAN

Wah Kalau Fazley dan isteri nak bersanding lagi, MH sokong!

IKLAN

Apapun MH doakan agar ikatan perkahwinan Fazley dan isteri sentiasa bahagia dan semakin erat sampai ke syurga.

IKLAN

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI