Pelakon dan penyanyi, Zulin Aziz yang pernah hit dan viral menerusi single berjudul Dan Ketika Itu ada terima komen dari netizen, mengatakan dia sepertinya ada melakukan perubahan pada bahagian hidungnya.
Semuanya gara-gara bintang itu memuat naik sepotong video close up menerusi Instagram, awal semalam.
“Shaaaa shaaaa ding ding2 shading. Dari buat hidung baik aku buang lemak,” tulisnya jujur.
Orang Malaysia memang hebat. Sudahlah bijak, cantik jelita pula tu.
Buktinya, Dr Amalina Bakri menerusi laman Twitter ada mengumumkan dia baru sahaja menerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.
Tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik United Kingdom, Dr Amalina juga aktif memperjuangkan kempen I Look Like A Surgeon bagi memecah stereotaip hanya lelaki layak menjadi pakar bedah.
It was an honour to be awarded Darzi Academic Clinical Fellowship at Imperial College London, alhamdulillah, I’ll continue my hard work and make Malaysia proud.
Anak pelakon Amyza Aznan telah menarik perhatian pengguna media sosial apabila bakatnya menyanyikan lagu dari penyanyi antarabangsa, berjudul Emotion dari Mariah Carey.
Video tersebut dikongsikan Amyza di akaun Instagrammya.
“WHISTLING MARIAH CAREY DIBAGIKAN.. TERKEDU CIK GAYAH!! Setiap kali dngr lagu baru..
“Cik gayah have have akan nebes sebab telinga ni akan menadah 12 jam setiap hari dia akan menyanyi..
“sebagai mader2 yg sukakan ketenangan dirumah, cik gayah akan rasa ANNOYINGGGGGG bila dia start menyanyi..
“bagi iol MEMEKAK !!! TAPI .. SEMINGGU DIA TRY LAGU NI.. DAN INILAH HASILNYA.. MARIAH CAREY WHISTLING dibagikan .. oleh sbb anak kedua cik gayah have have ..
“Sooo okaylah tgh pikir nak masuk vocal class mana… sissy iman ke… elda susanti ke… mya matahari ke…,” tulis Amyza
Tidak lama dulu, pengarah Erma Fatima berangkat ke Italy bagi menjayakan beberapa projek di sana, termasuk mengarahkan sebuah tele berjudul Di Sebalik Kasyafmu.
Difahamkan, antara pelakon utama yang bakal menjayakan telemovie berkenaan ialah Janna Nick.
Menerusi posting Erma di Instagram, pengarah dan penerbit berkaliber ini ada menitipkan suatu nota khas buat sesetengah peminat yang selama ini agak pesimis dengan kredibiliti Janna sama ada dalam lakonan dan nyanyian.
Tulis Erma, dia tahu kenapa dan mengapa pelakon muda itu menggunakan anugerah yang dianugerahkanNya dalam industri seni.
“KALIAN kata dia tak pandai nyanyi. KALIAN kata dia bukan PELAKUN HEBAT. Takpe..kalian bebas berkata memberi pendapat tanpa perlu bayar apa-apa.
“AKU tahu KENAPA dan MENGAPA dia menggunakan peluang yang Allah berikan ini untuk dia berada di dalam industri ini dan aku melihat dia dari jiwa aku.
“Seorang anak kecil yg NAKAL dan GILA, menjadi HERO didalam keluarganya..mencari rezeki menyara keluarga dari hasil nyanyiannya yg kalian kata tk sedap itu..dari lakunan yg kalian kata tak bagus itu,” kongsi Erma.
Pada masa sama, dia turut bangga dengan penyanyi Akan Bercinta itu yang disifatkannya sebagai seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.
“ITULAH PERTARUHANNYA DALAM HIDUP.. Aku BANGGA kerana dia seorang ANAK yg baik dan bertanggungjawab.
“Dalam waktu yg sama aku juga nak MEMPERTARUHKAN telemovie aku ini DISEBALIK KASYAF MU…untuk ku buktikan bahawa anak GILA @jannanick ini seorang pelakun yg HEBAT,” akhirinya menerusi posting video di IG.
Selain Janna, turut sama mengikuti rombongannya ke Italy ialah Datin Umie Aida, Remy Ishak, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Foto: Instagram Erma Fatima/Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.